Sunday, November 4, 2012

Memotivasi diri

Memandangkan cuti semester telah tiba, maka terjadinya satu sesi perpisahan antara dua manusia. Eh eh. Bukan perpisahan itu okey, perpisahan akibat dipisahkan jarak. Yup, begitulah. Fokus utama entri kali ni ialah berkaitan dengan jarak. Ada yang cakap, jarak ni semakin menjarakkan lagi hubungan. Mana taknya, masing-masing jauh. Lama tak jumpa. Macam-macam boleh berlaku dalam jangka masa tu. Right? Daripada kita berfikiran negatif terhadap si jarak ni baik kita fikir positif. Sian si jarak asyik dipersalahkan je kerja. Huhu T__T
Okey, mari kita lihat sesi positif si jarak ini:
1. Menguji tahap kesabaran.
2. Menguji tahap kesetiaan.
3. Menguji tahap kepercayaan.
4. Menguji iman.
5. Ada lagi? * Pandai-pandai la buat percambahan minda sendiri :P
Nak cakap tak risau, mestila tipu kan? Risau tu ada, tapi kekalkan untuk berfikiran positif, sebab selalunya kan berdasarkan pengalaman. Cehh.. Menurut Nurhidayah M.A, semakin kerap kita berfikiran negatif tentang sesuatu perkara, semakin tepat perkara yang kita fikirkan itu untuk berlaku. Berdasarakn pengalaman okey? Tapi kadang-kadang mungkin juga sebab gerak hati kita yang cakap macam tu sampai kita pun terikut-ikut berfikiran negatif sampai kita yang menjadi sebab sesuatu perkara negatif itu berlaku. Serious. Betul ni. Tak caya, try sendiri. Haha.

Distance mean nothing when two person trust and love each other. :)

#Entri selepas exam a.k.a sebelum cuti bermula


Exam tamat maka berakhirnya semester ke-2 :)

Fuhhh... Hari Sabtu Ahad pun exam juga? Baguskan? Mana mw cari ni~~~ Hik3..
Hari ni bersamaam dengan hari Ahad, bersamaan dengan 4 November berakhirnya kertas terakhir peperiksaan bagi semester ni!!! Hoyeahhh!!!! Ailaik gituu~ Haha :P
Maka semua bala tentera semester 2 telah bertungkus-lumus untuk ber'packing'. Esok ada yang dah balik. Packing elok2 jangan sampai ada yang tertinggal okey? Aq pun turut mengikut jejak langkah depa suma.. Haha. Well, aq kuar asrama hari selasa, jadi kena la mula packing hari ni. Sikit2 lama2 jadi bukit. Tak gitu? Hoho. Heyy~ Sibu, I'm coming home this Wednesday :) Doakan semoga selamat sampai okey? Amin :)
Hihiii~


Babai~  ^^,

Sunday, October 28, 2012

4 - 1 = 3

Assalamualaikum..
Fuhh.. akhirnya, selesai gak paper Pergerakan Asas tadi. Walaupun dah selesai, tapi rasa risau tu masih ada. Seriously, tersangat risau. Entah kenapa.. Jawab pun entah laaa... Rasa macam nak menjerit puas2 taukk..=.= Macam nak nangis pun ada. Grrrr! Kenapa paper 1st mesti selalu jadi macam ni? Perlu warming up jgak ka mw exam? Haisshhh... Selalu macam ni. And me, always being over worried on something. Aigoo.. Teruknyaaaaaaaa... dan sekarang pun masih risau jugak ne.. Ok, untuk itu, aku perlu gelak sepuas-puasnya. Caranya ialah tgk Running Man. Nasib baek  stock Running Man tak habis tengok lagi. Phewww~~ Bila tengok rancangan lawak2, dapat gak gelak n release tension.. Hufftthh! Semoga dapat jawab dengan lebih baik untuk paper2 seterusnya.. Amin. Kbai. :(

Saturday, October 27, 2012

Sabar dan senyum :)

Kenali seseorang itu terlebih dahulu. Itu mungkin caranya. Setiap orang punya cara yang berbeza. Kenali dan fahami. Sabar, itu semua ujian. Hidup ni penuh dengan ujian untuk memanusiakan kita yang memang sedia ada manusia yang tak lengkap selagi tiadanya ujian. Yeahh.. Exam! :)

Thursday, October 25, 2012

Exam datang kembali!

Assalamualaikum..
Oh ya.. Sekarang musim exam. Kami exam Isnin ni 29hb, Jumaat, Sabtu, dan Ahad. Wow.. Sabtu dan Ahad ada exam kan? hehe.. Special gituu.. Ok, taknak cakap banyak.. Amek doodle bawah ne utk kawan2 yang bakal menduduki exam.! Gudluck!


Monday, October 22, 2012

urg mpuan

sebenarnya..... urg mpuan tk ssh mk diphm

sebenarnya.... urg mpuan tk byk mk d pdh dknya an urg ya tp ny diam jk.

sebenarnya.... mun urg mpuan tk diam tauk2 jk lha knk.

sebenarnya.... urg mpuan tk mk urg ya slalu jk da an daknya.

sebenarnya.... urg mpuan tk bknny daknya xmk jd urg 1st nk sent msg k start a conversation tp dakny xmk ngaco urg ya nintauk urg ya bz nk.

sebenarnya.... urg mpuan ya mulut jk mdh ok tp ati sik.

sebenarnya.... urg mpuan tk mulut jk bisin tp lm ati syg.

sebenarnya....


Saturday, October 20, 2012

Pada suatu hari, si I sedang melayari Youtube. Tiba-tiba, sewaktu Youtube sedang lancar berjalan tanpa sebarang buffering, si I hairan. Ke mana perginya bunyi suara si penyanyi di Youtube ini? Klik bahagian vol control.. Ok, full. 
Klik control panel, cek bahagian vol and audio.. Semua okey.. 
"Apa masalah ni?" Soalan yang sedang bermain di fikiran si I. Restart laptop. Still laptop tu bisu. 
Cari alternatif lain, buka youtube, klik search ttg problem yang berkaitan. Jumpa video tersebut. Malangnya, video tersebut mempunyai suara. Xdpt nk dgr sebab laptop bisu.
Jadi, si I pun hampa. Tapi usaha mencari masih diteruskan, cari lagi, cari. Sampai jumpa. Tapi masih tak berhasil. Restart laptop. Masih sama. =...= Search google. Try and error.. Masih sama. 
Okey, finally shut down. On balik, masih sama. =..= 
Si dia call... Ok, angkat call. Sembang2.. si dia dengar jak semua ayat tensen yang keluar.. (thank u sebab sanggup dengar) Dia yang di hujung talian cakap "Jangan tensen2..." Terus, senyuman mula terbit. hihihi :) Walaupun tensen bak hang, bila dia ada tensen tu kurang sebab sy dh transfer kat dia. :)
Okey, sambung balik.. try lagi search kat google.. masih x give up.. finally, jumpa jalan penyelesaian.. punya la senang nak settle kan... =..= 
moral of the story, si I ne cepat sangat gelabah. sebab tu benda yang senang depan mata pun xboleh nak settlekan. nasibla yonggg~ huhuhuuu *malu*

okey,, itu sejaaa.. :P

Friday, October 19, 2012

Kosong

Assalamualaikum... harini baru selesai perform gamelan sempena Anugerah Citra IPG KBM.. Dalam perjalanan balik tu.. seriously, rasa sunyi sangat.. KOSONG.. Mcm tu jugak ap yang sy rasa bila dia takda di IB. KOSONG.. Dapat rasa something missing. Memangla kejap jak pun dia pergi sana. Tapiii.. entah kenapa rasa KOSONG. :( I wish you was here today.. For the last few weeks we r here before the  semester break. :( IMY..

Thursday, October 18, 2012

Thank You Pakcik :)

Bumi KL dihujani oleh hujan yang xhenti2 turun dari tadi. Alhamdulillah. rezeki tu.. :)
Oh ya.. tadi pergi tengok teater Di Mana Enggangwala. Teater yang best. Suka watak Enggangwala dan Pak Nyet dia.. Tupai pun boleh tahan. Yang paling best, lagu dia la.. Ala2 muzik korea sikit. Kumpulan apa tuh? 2NE1? hehehe.. Okey, esok teater akhir bagi sem ni...

Btw.. thank u sebab pergi tengok teater walaupun pergi sorang2.. thank u sebab tlg jaga tempat duduk. and thank u coz always be there with me. Manfaatkan masa yer?? Ohhoooo.... Tadi kena hujan.. hope that he'll be fine.. :) ILYSM ASF :)

Wednesday, October 17, 2012

ILY

It feels nice when he turn back to normal. Yeah.. I miss that kind of him. Welcome back dear~ Do not worry, I'll always be there for u evendo I do annoyed u. But~!! The most important thing is that I love u sooooo much and it will never change. InsyaAllah. Hoho.. Saja nak taip sebab sy tgh terfikirkan pacik comel itu.. :P imysm pacik..

DINNER KAMI :)

Assalamualaikum.. Morning ~!
Fuhh.. baru selesai menyiapkan kerja-kerja untuk pameran harini. EHhh.. ada lagi. masih bersisa sikitttt jak lagi.. Haha.. Oh ya.. waktu tengah carik2 gambar untuk pameran, tetiba terjumpa gambar ne dan aq rasa gambar ne sweet~ sebab ad aq.. hahaha.. well.. okey, ne gambar dinner haritu. xda masa nk upload sbb line gelong and bz.. (bz la sgt) 
okey, tgk yang ne je dlu ek.. 


ENTRIUNTUKASF

It must be a very tiring day for him. Tambah lagi dengan dia yang tak berapa nak sihat. Fuhhhh.. Siann.. Banyak yang dia lalui yang tak semua orang tahu. Grrr~! Jangan buli dia~! Men jejaohhhh! Sian pacik saya kena buli. HOHO. Okey, masa pun berlalu dengan pantasnya.. So, sabar, sikit saja lagi, lepas tu cuti.. :)
Jangan fikir lagi apa yang ada kat sini. Lupakan, pegi men dota ngn adik n so on on on.. :)
Oh.. tadi lect sy cakap.. "BEFORE U R GETTING MARRIED, U NEED TO LEARN HOW TO BECOME A HUSBAAAANNNNNNNNND" ada penekanan pada perkataan "...BAND" tu.. Betul cakap lect tu.. Ilmu tentang how to be a husbannnnnnnnnnndd perlu didalami terlebih dahulu n so do for a woman. =;= apa ne? xda kaitan.. hoihh.. okbai.

*Gudluck mlm ne.. duduk kat atas elok2.. ILYSM ASF.

Monday, October 15, 2012

Layan palak

Morning Blog~!
Yahhh.. alu sik tdoe ku eh. Ne ndak keja mala layan palak jak. Huh.. Lamak sik nengar lagu dak The Killers, 30 Second to the mars, linkin park, muse, evanescence suma.. Pa gik.. Time palak hang tok la bagus k layan lagu cm tok. lagu hea banging tek bha. yahh..gk ngat dlok lect ku nanyak, mun ku stress, pa d polah ku, alu ku pdh, nengar lagu rancak. yala suma miak kelas ngn lect pelik sebab owg mun stress mk layan palak ngn lagu soft2 aq tk tek nk lain n pelik. hahaha. Okey, lets rock the mornite! weee~ partying in the head! hoyeahhhH~!!!!
okbai.

Entah

Hai blog. Sorry ganggu masa tidurmu ye blog. Sorry. :'( I need someone to talk to. Someone who will only listen and do comfort me. Sleepy? It doesn't cross my mind right now. Never. Our mind and heart works well together. When one have problem, it effect the other one.

*Glow in the dark stick aq pun hampir malap. T___T

Nothing can change it. * Trust me

Macam saya dah jadi orang jahat jk tadi, sorry.. Kadang-kadang, untuk terima sesuatu, kita perlukan masa. And I am done with those thinking2. Dh lupakan. Malass. Biasala. Saya kan pemalas. Nahh. For you. Ni jak yang saya tau buat. Amekkk~~ :P


p/s: Saranghae ahjussi nim :)


Saturday, October 13, 2012

Cuti Yang Bakal Menjelma *Hoyeahh

Assalamualaikum..
Fuhh.. Mcm lama dh tak update blog.. Update ni pun sebab dapat ilham dari dia.. :p
Okay, back to my entry above.. Tak lama lagi cuti. Dalam tiga minggu lagi? WoW~! Bestt.. Saat yang aku nanti2 kan.. Aku rindu dengan kawan-kawan lama aku. Kawan-kawan yang sporting, yang selalu bagi semangat kat aku, yang selalu support apa je yang aku buat. Aku rindu.. :( Nak carik kawan macam mereka, memang susah. Sebab tu orang cakap, kawan zaman sekolah ialah kawan yang the best. Susah dicari.. Kalaulah mereka ada kat sini. I'am the 1st one to have a blast of joy.. Tak sabar nak balik, nak cerita semua kat mereka. I miss u kaban.. :'(


Monday, October 8, 2012

entriKOSONG

Assalamualaikum..
.... ...... ...... ...... ... .... ..... ..... ..... .... ....... .... ...... ..... like seriously. kali ni terasa macam nk post entri tapi xtau nk tulis apa. xterungkap pun.. xtau nak tulis macam mana.. kalau ada pun, baca la apa yang titik2 tu maksudkan. okbai.. tu jak. :)
layan lagu jason mraz. thank u 4 bringing me to somewhere else :) oh lupa.. btw.. terima kasih bagi yang mendoakan aq supaya kurus sebab harini aq berjaya kawal diri daripada makan nasi dan yang seangkatan dengannya. Dari pagi just makan sosej 2 ketul dan entah apa benda tu. Ohyeah! Harap esok pun berjaya juga :)
Kbai.

Sunday, October 7, 2012

UNTUK KAMU ASF

Assalamualaikum..
Wow~! Cun2 jam menunjukkan 3 pagi, dan aq baru siap print laporan BIG.. Walaupun ink hitam dia macam apa jak yang keluar pada kertas tu.. aq teruskan proses print sampai habis. Dah tu nk print kat mana lagi waktu2 mcm ni? Semua tengah khusyuk tdoe.. 
Okey, berbalik pada entri aq atas ne. UNTUK KAMU ASF.. yup, untuk kamu. sy tau kamu baca kan? So, sila senyum dahulu sebelum baca. Hilangkan kekusustan yang membelengu minda anda sekarang. Sorry, sy ckp perkara yang xpatut sy ckp kat kamu. Sorry sgt2.. Sy just nk bagitau jk pun tu.. Sorry.. Time sy tgh scroll2 down news feed thn sy jumpa page ne, ada satu gambar tulis perkataan ni 

"Apa adanya kamu sudah melengkapi saya" 

Perghh.. memang tepat on time kuar ayat macam tu.. Dan status sy tu sy tujukan pada kamu okey.. Hanya kamu. Stop worrying bout that. Dan ya, perjalanan kita masih panjang. Perkara mcm ni rasanya memang akan ada. Asalkan kita sama2 put trust on each other, insyaAllah, dalam masa 5 tahun, semua ni boleh kita harungi. (Perghh ayat buat aq muntah hijauuu) Tapi ap yg sy ckp tu, sy serious. Lagi satu, hidup ni, takkan selamanya kita gembira, kadang-kadang ada masanya kita sedih, sunyi, stress, marah, dsb. Jadi, jangan risau. Tu lah yang mencorakkan hidup kita. Macam pelangi jugak, pelangi kan banyak warna.. Ada berapa ntah, sy pun xngat. 

Kalau pelangi tu satu warna jak, mesti orang xdpt beza, tu pelangi ka awan.. atau kepulan asap? 

Naaa... Tu lah specialnya pelangi. Macam tu jugaklah sepcialnya hidup kita sebagai manusia ni. Yang paling penting, kepercayaan. Asas yang paling penting. Kalau xda kepercayaan, macam mana la kita nak berkawan dengan orang. Contoh, kita nak kwn ngn si A ni. Tapi, kita tak percaya kat dia. Apa yang berlaku? Fikir2 kanlah... Benda-benda lain tu tak penting. yang penting, apa yang ada pada diri kamu yang penting. Biarlah jauh pun, sy tak kisah. Jadi, don't worry, be happy. Sleep tight there. Jangan tidur dengan dahi yang berkerut. Senyum. Sebab senyum tu sedekah. Walaupun senyum sorang2.. At least, muscle2 bahagian muka ni excercise jugak kan?

ok tu jer.. hahhh.. banyak idea aq menulis pagi2 mcm ni kan? haha.. mencurah2 seperti coklat yang tumpah ke ladang gandum dan akhirnya menghasilkan COCOKRUNCH!!! ok, sebagai tambahan dan penutup kepada entri ni, aq nk mention yang aq sedang lapar tapi kena diet sebab nanti kalau balik mesti orang cakap aq gemuk. so, lepas baca, tolong doakan agar saya kurus dan saya n kamu tu berjaya menempuhi masa 5 tahun ini dengan jayanya! hoyeah... Amin :)

Gudnite :)

Friday, October 5, 2012

WeekendKembali

Assalamualaikum! Morning guys! Wheeww~ Awalnya aq bangun hari ni? Macam ada kuliah pula kan? Waktu kuliah takda plak aq nak bangun awal macam ni. Hehehe.. Yela.. Semalam tdoe awal, mana taknya bangun pun awal. Pukul 3 lebih dh terbangun dh. Pastu nak tak nak kena sambung balik tdoe. Oh ya.. bercakap tentang entri di atas. Hoyeahh.. harini hari Sabtu.. Masa untuk kita enjoy and so on. Tapi xyah nk enjoy sangat la. Kalau xboleh nk kuar, post jer entri di FB pastu tagged kan kat tempat yang kita nak pegi. Rasa macam ada kat sana kan? ~Foreveralone~ Siannnn.. Nasib ade c eton yang temankan hobi mengarut tu. Bila time free, ada plak la masalah yang menghalang untuk keluar. Haishh.. Nak balik umah makcik.. tapi segannn.. Ni la makannya kalau terlebih segan dan malu. Duduk la dalam bilik sorang2.. =..=
Sekarang baru 7.30.. Warghh! lama lagi nak malam, nak tunggu untuk tdoe yang panjang balik!! Masa, tolong berlalu dengan pantas. nak balik rumah. Pelissss... (mcm la kau boleh cepatkan masa kan?) Okbai. Btw, rindu eton and jemah. Love u gurls.. :)

Thursday, October 4, 2012

PostiveThinking

Assalamualaikum..
Yeah.. hari Jumaat datang lagi. Penghulu kepada segala hari, hari yang akan terjadinya hari kiamat. Salam Jumaat semua. :)
Harini.. Waktu duduk sorang2.. Aq terfikir.. Kenapa jadi macam ni, macam ni dan macam ni. Hidup kat negeri orang ni bukan senang. Banyak yang perlu diharungi. Tambah2 lagi jauh dengan keluarga. Dulu, kalau ada masalah, keluarga boleh tolong. Sekarang, ada masalah.. Nak minx tolong kat mak n abah pun dh rasa mcm segan sangat. Rasa bersalah. Kadang2 aq jeles tgk orang yang ada abang n ada kakak. Aq pun nak jugak jadi mcm tu. Kalau ada masalah boleh minx tlg dorang.. Tak payah nk susahkn mak n abah. Fuhhh..
Tapi sekarang, aq lah yang kena tolong diri aq sendiri. Susah ke senang ke, aq kena tolong diri sendiri. Kalau bukan aq, sapa lagi nak tolong kan? lagipun, kakak2 n abang2 tu jugak, dorang pun kena tolong diri mereka sendiri pada mulanya especially anak sulung kan? Lagipun, Allah takkan uji manusia itu melebihi kemampuan mereka. Allah uji tu sebab Allah tahu kita pasti boleh mengharungi ujian yang diberi. Ohyeahh! Aq mesti boleh! :) Kepada anda, anda semua.. All the best dalam menempuhi ujian hidup. Jangan mudah putus asa. Jangan putus harapan. Jangan cari jalan mudah. Jangan, jangan, jangan okey?? (tetiba rindu ngn Daniel yang selalu cakap jangan).. :)
Okbai.. Cukup untuk masa sekarang. Petang nanti ada match bola tampar. Untungla.. aq boleh tengok dia. Bhahahaha.. :P

EntriMenyiapkanAssignment

Sementara tengah tunggu gambar tu mendonlod dengan sendirinya, aq nak borak2 ngn blog ni la. Bosan. Xda orang nak dengan aq bercerita, bercakap nih. Mana tak nya, sekarang dah pukul 3 pagi. =..= Btw, aq nak gtau.. esok pagi ada amali bola tampar lagi. Hoh? Bukan minggu lepas dah amali? Tu lah masalahnya sekarang. Kenapa ada amali lagi sekali? WHY??? Penat dah nak jadi nervous. Penat, penat dan dah terlebih penat. Dengan semua-semua ni. Kerja-kerja ni buat aq jadi macam orang yang dah demam cinta. Sampai time makan, mandi, sebelum tidur, jalan-jalan, mesti ingat dengan kerja. Kerja, kerja, kerja.. selalu ada dalam otak ni. Banyak sangat.. Grrrrr.. Cepatlah masa berlalu.. Nak balik... Nak rehat2..

Berbalik kepada entri aq yang sebelum ni. Huhuee.. Sorry kalau ada yang terasa. Haha. Sapa suruh pakai word tu.. Pelisssss lah.. tak kawin lagi okey? Jangan nak ngengada guna title cmtu. Tambah2 lagi korang masih kecik. Aigoooo.. And satu lagi. tolong jangan nak pelat sangat boleh? Nak cikgu ajar macam mana nak tulis dengan betul? Or nak cikgu ajar kamu cara sebutan yang betul? Almaklum lah... Sem ni amek cos LB. hahh.. Meh.. Cikgu ada aktiviti pemintal lidah untuk betulkan lidah korang yang terbelit, or sengaja dibelitkan untuk buat korang nampak comel bila tulis ayat macam tu(tangan di bahu mata ke atas). Orang yang baca tu pun sampai berbelit2 lidah nak baca. Aq xbaca, tapi terbaca sebab selalu muncul dalam news feed aq. =..=
Contoh perkataan :

kamek=tamek
apa=apha
lelah=lewlah

ohmybahasaSARAWAK. tolong la, tulis kacak2 kit perkataan ya bha.. susah ku mk bca nya deng oi....
tok suma pasal ku rajin gilak bc news feed, scroll down smpe ke dbah.. baca status org. yah.. salah ku juak.. haha.. tapi gney mok molah nak mun dh xda keja.. ya jak lah kerja aq koh... haha.. okbai. sorry mun terasa. buang yang keruh ambil yang jernih aokkkkk..

Advice: Untuk saya dan untuk anda, anda semua

Assalamualaikum..
Okey.. harini sangat best, sebab ada kawan yang sangat2 memahami. Kawan yang ada waktu aq susah, ada waktu aq senang. Makaseh sebab menceriakan hari2 aq.. Thank u for today kawan. Thank u sebab faham aq, n jadi kawan aq. Biarla kita nampak ganas dan macam samseng di mata orang, sebab, kita2 je yang tahu macam mana kita yang sebenarnya. Kannn? Budak2 gugurls PISMP 2E memang semuanya ganass.. Haha. Kau adoo? Penat makan2 sampai dh tak larat nak balik.. Amekkau... Dengan kisah si pakcik pemandu teksi  tadi.. :P

Hohh.. berbalik kepada tajuk entri aq.. aq nak bagi nasihat sikit. Ni berdasarkan pada apa yang aq observe dalam FB. well.. FB tu kan ibarat news paper kita... :) Setiap hari aq scroll up and down news feed tu untuk baca berita. Nasihat aq.. Kalau ye pun korang nak bercintan-cintun, biarlah bila korang dh bersedia. jangan nak bercinta sebab korang rasa korang lonely, pastu korang sapu je sapa yang ada depan mata. Sangat2 tak baik dan aq tak suka itu.Please la.. Matured sikit pemikiran tu. Ingat best ke main dengan perasaan orang ni? Macam korang guna baju, lepas tu bila dah baju tu korang rasa korang tak berminat lagi nak guna, korang terus tukar, buang macam tu je? Pergh.. terbaek la..

Kalau korang nak carik seseorang just sebab kau lonely, bukan sebab hati, baek tak payah okey. Daripada ko carik orang, baik ko carik satu hobi yang boleh isi masa lapang kau  dengan perkara yang berfaedah dan tak buat orang sakit hati dengan perangai kau. Tolongla.. kalau ye pun korang lonely, fikir dulu baik2.. Jangan bermain dengan perasaan orang dan anak orang okeys????

Nilai seseorang tu berdasarkan hati, jangan ikut nafsu. nafsu takkan bawak kau ke mana pun. Nafsu hanya akan menjerumuskan kau lebih dalam. Huishh.. penat aq nasihat. okey, untuk adik2 yang masih bersekolah tuu.. xpayah la nak papa mama sangat... Korang fokus dulu dengan stady,, xkemana pun papa mama tu.. Papa mama korang kat rumah tu lebih berharga okey. Okbai.

Tuesday, October 2, 2012

Berakhirnya kisah UAK!

Assalamualaikum..
Hai, harini hari yang paaaaaaling gembira. Sebabnya... UAK dah habis..! Setelah 3 malam tidur yang tak tetap akhirnya, harini tamat sudah kisah2 tersebut. Yeahhh! Ohhhoo.. Kegembiraan ini hanya untuk seketika, nanti datang lagi Final Exam, 29 Oktober ni. Fuhhh... Nasib baek sempat bernafas sikit. Adalah beberapa minggu free.. Lepas tu exam. Duhhh. =..=

Masa yang free ialah masa cuti hujung tahun. Yup.. Memang tak sabar nak cuti, nak rileks. Tapi.... Nanti kami makin jauh... :( Memangla negeri kami tu bersebelahan a.k.a berjiran. Tapi kalau nak pergi sana punn.. kena pakai flight bagai.. Ingat dekat?? -..- Dahtu.. 2 bulan lagi tuu. Punya la lama nak tunggu masuk tahun 2013. Tak tahu apa yang akan berlaku dalam masa 2 bulan. Redha je lah. Selagi kita jaga hati tu, insyaAllah xda apa yang berlaku. Dan ya, jarak benar2 menguji tahap kesetiaan seseorang. Fuhhhh..

Okbai..tu je.

Sunday, September 30, 2012

I thought that my phone ring -..-

Assalamualaikum..
Okey, sambil2 menaip assignment, sambil2 tu la aq menaip entri ni. Ambil kesempatan kejap.

Okey, sekarang aq nak cerita satu cerita. Tadi, waktu tengah syok2 menaip tugasan kat depan laptop dengan ditemani lagu Chammak Challo dan sambil terbayang2 Shah Rukh Khan tengah menari, tiba2 aq terperasan satu bunyi. Bunyi lagu "Let Me Love You" tu bunyi message tone aq. Lepas tu cepat2 aq carik henpon aq dalam timbunan kertas atas meja. Earphone pun aq tanggalkan semata-mata nak carik henpon. tau tak apa perasaan aq bila tengok henpon tu gelap je? There's nothing. Kosong, kosong, ouwoooo~ Rupa-rupanya.. Bukan bunyi ringtone aq.. Just imaginasi aq je kot. Hampeh.. =.="

Pengajaran: Len kali, kalau dengar lagu guna earphone, headset atau yang seangkatan dengan benda ne, jangan pasang volume full.. nanti kau kena troll macam aq. -.-

Saturday, September 29, 2012

Dulu dan sekarang

Tetiba aq rasa rindu nak jadi diri aq yang dulu. Yup, nak jd selim balik.. T___T tolongggg~~

PPISMP Sem 1


PPISMP Sem 2

PPISMP Sem 3

Dan sekarang, PISMP sem 2.

Huhhh.. semua orang perasan, dan aq pun semestinya terlebih perasan dan terasa pedasnya. Ok, daripada korang cakap aq comel, baek korang cakap aq "KURUS"... so that aq leh kurus.

OKbai. :)



Kemalasan dan kelaguan

Assalamualaikum.
Yeah.. UAK is just around the corner and almost here! Ommo~! Selasa kot. Hari ni dah Ahad. Tapi masih tak belajar apa2 lagi. Rumet kata... Subjek LB paling susah. Batch dy ada yang xdpt jwb dulu.. Huuuhh.. Amekkau.. Dalam otak aq, aq dh set LB ni senang. Tapi, bial rumet dh cakap macam tu.. terus hilang perkataan SENANG daripada otak aq. Perghhh.. Hilannggg...
Ni tambah lagi dengan assignment yang tak siap ni.. Yang nak kena submit minggu depan jugak.. Hameeekkkkkkkkkkkkkk~~
Jadi sekarang aq tgh kompius.. Tak tau nak buat mana dulu.. Nak buat assignment or stady? Smlm aq nasihat kawan soh buat assignment dulu. Tapi harini? Aq plak yang makan balik nasihat aq tu. Kenyang makan balik nasihat tu.
Tapi seriously, aq xda mud nak stady ni. Jadi, apa lagi. Amek earphone, pasang volume sampai full, carik lagu yang berentak dance, pastuuuuuuu.. Dengar sambil nyanyi2 sambil feeling2 sendiri. HAHAHAHA.. Sampai dah ada mud nk buat kerja baru sambung.

" Grab somebody sexy , tell em hey, gimme everythin tonite. lalalala~" sambil head banging. Ohyeah~!
Dear rumet, sorry.. Haha XP
Okbai.

Ada orang tanya: "Bila kau nak pakai lilit2 lagi? Lama dah tak nampak kau pakai lilit2 lagi? Mesti sebab kau bz kan sem ni?" Dan aku pun jawab. "Nanti tunggu aq tak bz aq guna.."


tym PPISMP

PPISMP.. maseh muda remaja.. kau ado?? hahaha

ok, aq memang suka buat macam ne. so, diam.

p/s: Ne-yo, I love u but I love HIM more :)

Rindu Mereka :')

Assalamualaikum..
Hai blogku yang sudi menerima ap je yang aq tulis kat sini.

Selesai berBIG untuk fasa ke-2 petang tadi. BIG membersihkan Madarasah Al-Syukriah. Best, pengalaman yang trbaik bila kami hampir satu kelas jalan kaki dari asrama ke madrasah tu. Naik LRT, pengalaman terlepas KTM, jalan kaki dengan kawan-kawan sekelas sampai orang hairan tengok kami semua. Yala, baju suma sama.. Penat tapi pengalaman tu yang berharga.

Ohya, kami bukan setakat berBIG je kat sana tapi, sempat makan-makan di rumah salah seorang rakan sekelas. Rumah dia dekat dengan kawasan madrasah tu. Makanan yang mak dia sediakan memang perghh.. sedapp.. Rendang ayam superb, sup cendawan siap ngn roti lagi.. sedapppp~ Thank u makcik... Buat aq rindu dengan rumah. Rindu nak makan masakan mak dan abah. Rindu memori lama. T__T

Tadi call adeq, tak tahan nak cakap lama2.. Cakap kejap je. Tanya pasal abah, mak, tam, n ara. Serious, kakak kau ne nak balik, dan rindu nk buat rutin harian petang2 bila kau balik sekolah, suruh aq masak nasi goreng. Bila dengar Aby cakap belum makan tadi, terus rasa mcm... :( Macam nak terbang balik ke Sibu sekarang jugakkkkk.. Kalaulah rumah aq dekat.. Hufft..

Cepatlah berlalu minggu2 ne. Cepatlah melambai bulan 11. Nak balik rumah..

Friday, September 28, 2012

Entri Awal pagi

Assalamualaikum..
Huhhh.. Pelikkan? Jam 5 lagi aq dh buat entri? Tau kenapa? Tadi aq tiba2 tersedar dan terus mengucap.. =.= Perghh.. Entah kenapa.. Mungkin sebab aq rasa aq dh terlambat untuk bangun pagi untuk ke BIG? Mungkin.. Mungkin sebab aq bermimpi tentang something.. Mungkin sebab aq terlalu risau?

Okey, jum kita cerita pasal perempuan memandangkan perempuan ni kadang2 susah untuk difahami::

Sebenarnya, ada satu perasaan yang tersimpan dalam diri perempaun ni walaupun mulut mereka berkata "SAYA OKEY", tapi dalam hati, hati tu menjerit dan berkata "SAYA TAK OKEY". Kadang-kadang, orang tu tersenyum tym bersendirian, dan tanpa disedari, ada air mata yang mengiringi senyuman itu. Betul, orang tu berusaha untuk jadi tabah. Tapi bagi menahan rasa sebak tu memang sukar. Kan2?? Nasibla orang tu sendiri, kalau ada orang sebelah tak ke nanti orang ingat perempuan tu gila? Hahaha.. Bukan gila, tapi terlalu melayan perasaan dengar lagu sedih. (ayat coverline yang buat kita rasa, "amboi, jiwangnye kauuu")

Okey, cukup sampai ni je untuk hal perempuan. Tetiba rasa mengantuk balik.

Body, Mind, and Soul

Assalamualaikum..
Fuhhh.. baru balik dari Majlis Lan Berambeh~ Majlis untuk anak-anak Sarawak yang maksudnya hampir sama seperti Mari/Jom Beramah Mesra (Betulkan aq kalau salah). Kenyang? Yup, itu semestinya setelah melepaskan gian dengan melantak mee kolok dan laksa sarawak yang aq teringin sangat nak makan. Oh, tak lupa jugak, tadi rasa seperti di Sarawak okey, bila semua orang di sekeliling kelaka Sarawak..~~~ Wuuu.. Rindu Sarawak aie... Rindo ati dga daknya kaka Sarawak. Especially pengacaranya tek.. Kak Lehot odooo~~ Bessttt~! tambah gik ngn persembahan daripada Noh, Hafiz, Zee Avi, Mizz Nina, n artis2 kelahiran Sarawak. Tak lupa jugak bertandak tadi pun ada.. Dibawa khas dari Sarawak okey~~ Memang rasa macam kat Sarawak betulll~~~

Oh yaa... tadi jumpa dengan kawan-kawan dari Sarawak. Kawan yang dah lama tak jumpa sebab masing-masing sibuk dengan pelajaran kan? Bila cuti sem pulak, sorang cuti, sorang tgh sibuk berkuliah. haishh... Ni jak la masa ada untuk jumpa walaupun bukan di bumi Sarawak. Ohoiii.. untuk dia, jangan risau, xda pa2. rasa kosong sebab xda awak. It would be nice if u were there with me at that time. Only if. 

*Actually, my body was there but not my mind, my soul and my heart as it lives there inside of your heart and it goes all the way back to you. :)

Banyak orang tanya tentang dia dan aq pon... Hehehe :D  Okey, aq rasa banyak cerita yang akan dia dengar nanti daripada kawan-kawan dia. Silakan. 

Last but not least, nah amekk gambar ne (gambar aq n zaza).. Aq tau aq "comel" sgt.. So, diam-diam je ok. Sila doakan aq kurus lepas baca entri ni ok. Amin :)



Ok, tamat. :)

Thursday, September 27, 2012

Dan Akhirnya Saya Jumpa Awak

Assalamualaikum..
Hai~ Untunglah.. xda kelas pagi ni kann?? Boleh rileks2~ Layan movie kat bilik kan? Oh ya.. tadi c kawan mengajak p tengok wayang sbb harini xda kelas. Haha. Then aq jawab.. "Hamboiii.." Tu jak yang aq mampu jawab.. Hahaha.. Sorry :)

Okey, berbalik kepada tajuk entri kali ni. Mcm mw muntah jak kan baca tajuk tu?? ~_~
Ok, contoh, sebelum kita berjaya melakukan 'serve' bagi permainan bola tampar, untuk percubaan yang pertama dan kedua, dan seterusnya, mesti kita ada buat salah kan? Sebab tu merupakan kali pertama kita buat. Kann? Jadi, samalah dengan kehidupan ni. Sebelum kita jumpa yang betul2 yang ditakdirkan untuk kita  mesti kita akan jumpa dulu barrier2 yang lain kan? Sebagai ujian, untuk dijadikan pengajaran dan sebagai persediaan PSA kita. (PSA<---mentang2 bakal cikgu..muehehehe)

Okey, kalau nak diceritakan, memang banyak yang telah kita jumpa dan lalui. Pelbagai ragam manusia yang kita jumpa kat muka bumi ni dan dari situ jugalah kita belajar sesuatu daripada mereka yang telah kita temui. Seriously, aq bersyukur sebab Allah telah temukan aq dgn orang yang salah sebab dari situ aq belajar sesuatu. Belajar tentang perkara yang patut dan tak patut aq buat. Daripada situ jugak aq mula sedar banyak perkara dan ya, daripada situ juga lah aq dapat jumpa dia. InsyaAllah, kalau dia ditakdirkan utk aq, aq akan jaga sebaiknya apa yang Allah bagi. Btw, doa dan usaha tu penting. Jadi, aq akan berusaha selagi yang termampu dan berdoa agar semuanya menjadi kenyataan dan diredhai Allah. Amin. :)

Ok, sounds like cheesy wedges rite. Ok done. Teringat kat kepsi pulak.. Rindu cheesy wedgess T__T. Okey, thank u for reading.


Entri Saya La Ni :)

Wow, hebat jugak aku ne kan? Post entri dah hampir sampai 100.. Hahaha.. Hebat2.. Tak sangka boleh rajin mengupdate blog ni. Walaupun teda orang baca.. :)

Banyak dah entri yang aku tulis tapi ntah, banyak yang mengarut. Kannnn? :)

Dah hampir 2 tahun setengah aku kat IPG ni. Masih tinggal 3 tahun lagi untuk tamat belajar. Masih jauh perjalanan kan..? Itu pun, kalau sempat.. InsyaAllah :)

Mengimbau kembali memori semalam, dan hari-hari yang sebelum ni. Terlintas dalam fikiran.. "cepatlah masa berlalu, cepatlah habis belajar, cepatlah konvo " Sebabnya, hanya dia yang tahu. :) Saya masih terus bersabar menanti hari itu. Heheheeee

Dan untuk dia, cepattttt pi kenal2 ngn abah saya.. Nanti boleh datang Sarawak :)

Btw, esok nak pegi Lan Berambeh.. Okey, nasib baik ada Zaza. Taklah segan sangat kan.. Muehehhee.. Esok mok melantak mkanan Sarawak odooo.. Rindok aieeee~ Esok jumpala kita bala2 Sarawak ou~~
Haha.. Best, sebab daknya da ekot.. Tapi nktk, daknya xpat join. Jadi, tinggal lah aku ngn Zaza. Pande2 la mbak dirik sowk tk.. Utk nya, boh iso, nk lamak ya biarkan berlalu. Nktk, ktk jk nk kmk pkey. :)

Bah, debah tok gambar tym Lan Berambeh taun lepas::






P/s : It will always be you and would never change even for a second. What I said before is the truth. I'll for sure, make it come true. InsyaAllah, if I still be given the chance. Even you are not the 1st one, I'll make sure you'll be the last.

Tuesday, September 25, 2012

Pakej-pakej tu tak penting, yang ini lebih penting

Islam telah mengaris panduan untuk kita memilih pasangan hidup kita iaitu berdasarkan pada:
1. agama
2. keturunan 
3. rupa 
4. harta

#ini yang penting okey?

Tahu tak, apa yang boleh membuatkan seseorang tu suka pada kita? Itu semua bermula daripada agamanya, sikapnya, perilakunya. Memang tak dapat dinafikan, majoriti individu akan memilih berdasarkan paras rupa. Yup, betul. Paras rupa tu penting. Yelakan, nanti dah kahwin, muka tu jugak yang kita tengok hari-hari kan? Nanti kalau dh kerepot dah tak lawa, korang dah tak sayang la kan kalau mcm tu? Haaaaa... Amekkau..

Tapi, kecantikan tu bersifat subjektif. Tak semestinya, orang yang kita tengok lawa tu, lawa pada mata orang lain. Kann?? Kita pernah cakap "Ehh.lawa la artis tu.." Lepas tu pulak, kawan kita cakap "Eish..xlawa pun aq tgok" Kann? Subjektifkan? Lagipun apa ada pada rupa? Sedangkan buah yang luarannya nampak cantik, tapi isi dalamnya penuh dengan ulat. Faham kan?

Jadi, kalau cakap yang kita ni datang dengan full pakej skali pun, pasti ada kurangnya. PASTI ada sebab manusia ni takda sorang pun yang sempurna. Yang penting ialah agama serta iman yang ada dalam diri tu serta peribadi seseorang tu. Itu lebih penting. Sebab iman tu tiang agama. Macam mana nak dirikan masjid kalau iman kita sendiri pun masih tak berapa. Kann?

Bha.. apa aku merepek malam2 ni? Okey dah cukup aq merepek.
Okey, aku ada penegasan kat sini:: Untuk my future zawj:
Saya taknak benda lain, saya nak hati awak, saya nak awak limpahkan ilmu agama kat saya. Itu je. Okey? Finished reading? If u r willing to do this, so do meet and talk with my dad, dia tak makan orang, dia makan nasi. :)

Mak cakap "Kau tu perempuan.."

Tadi tym tengah sembang-sembang ngn kawan, then kawan buka satu topik. Topik ne pasal kesihatan. Buat aq takut dan risau. Yupp.. Then, aq trus terflashback ape yang mak aq pernah cakap waktu cuti haritu.
"Ieda, kau tu perempuan, jangan buat kerja berat." Abah pun cakap "Eh, kau tu perempuan, jangan buat kerja lelaki." Baik, kalau aq xtolong, sapa lagi nak tolong? Adik aq? Alahaiii... punya la kecil budak tu.. Hahaha..

Kat kampung haritu pun aq dh kena marah ngn makcik-makcik aq.. Gara-gara hal tu. Sampai aq terus jadi speechless, then buat muka seposen. -__-" Tula.. len kali, benda camtu cakap je terus..

Then, sekarang.. Baru aq sedar kenapa mak dan abah dan makcik2 tak suruh aq buat kerja-kerja berat lepas dengar cerita daripada kawan2 aq. Haissshh.. Risauuu.. Kenapa xcakap awal2??

Bha...sebenarnya... saya rndu rumah ne.. Rindu nak makan2.. Rindu nak gaduh2 ngn adik2.. Rindu nak maen basikal.. Rindu nak jalan2 dgn family.. T____T


okey, muka pelik. semua muka pelik. -,-

Hari Yang Sangat "Manis" Bersama Kawan Yang Tingtong*

Okey, ni semua pasal BIG. Seriously, walaupun penat tak terkata, tapi waktu aq ngn kwn aq tu lebih bermakna. Sebabnya, dari mula habis kelas tadi, kami dua pergi settlekan perkara berkaitan dengan BIG ne, jumpa mentor sama2, jumpa pengarah sama2, tunggu encik yang handle bas tu sama2, pergi jumpa mentor lagi sekali sama2, jumpa pengarah lagi sekali sama2. Fuhhhh~

Seriously, ayat Echa tadi terbaek dari ladang "Susah senang kita bersama" sambil tangan diletakkan ke bahu aq.. SWEET kan?? hahaha. Kau ade?

Ayat "Susah senang kita bersama" tu mengingatkan aq pada seseorang. Yup, seseorang yang aq slalu mention kat entri2 aq sebelum ni. :P

Perkara yang paling lawak tadi bila P******* cakap, awak ade alternatif lain kan? Tempat kamu nak berBIG tu dekat je kan? Guna KTM je la. Perghh.. Sentapp.. HAHAHA.. Serious, pengarah ne terbaek kot.. I LIKE <3 


~Myema, echa, aq, pjah~

Ok, tu je untuk entri kali ni. :)

Sunday, September 23, 2012

Comel~!

Assalamualaikum..
Sebelum mula buat kerja, kita mulakan dgn?? tgk video dia.. haha.. lama tak tengok.. serious comel~~~ :3
Comel, comel, comel~!!! wewittt.. hehehe.. *tengok video sambil senyum sorang-sorang*
Rindu okey~~
Untuk dia, hey~! untuk dia, hey~!! lalala~ hehe..
Ulang banyak kali sampai puassss.. :P

*sy tau awk baca, so~ :D

okbai :)

Saturday, September 22, 2012

Saya jatuh cinta lagi!

Assalamualaikum blogku tersayang <3
Good morning~~ Bangun-bangun terus menghadap laptop gara-gara nak dengar lagu More than this-cover by At Sunset Band. Best kot.. Bagi hati breakfast kejap. Takkan badan je yang nak breakfast kan? Hee.. Okey.. ada sapa-sapa kenal band At Sunset ni? Band ni merupakan Pop Band fari Adelaide. Ada tiga orang ahli kesemuanya.Nama-nama ahlinya? Harrison, Jae Curtis, dan Andrew Kantarsias.
 Btw, I started to adore this band so much.Just listen to their song, really can touched your heart and make ur heart goes thump thump. Ommo~ Btw, my fav one is Andrew Kantarsias <3
Nak tengok gambar dorang? Search kat google okey. :)
#Klik link di atas untuk layan lagu dorang. :)

Almost 3 a.m. but I still here, keep on thinking again and again.

Assalamualaikum..
Hai, ku baruk pas molah big book tek. baruk siap 50%.. mok kaler jak pun ngambik masa koh.. bla miak xda seni melukis, yalha jadi nya.. haha.. ng kck dikaler mekowg tek koh... kau adaa?? xda nakk?
tadik ng gila2 lha keja mekowg.. sambil kaler smbil melalak mekowg ah bilit tek.. yahhh.. gik sa.. psang lagu, mula la stat mulut tk mk nyanyi2.. nasib la mun takowg da dga sora nk kck2 ya nyanyi.. boh erann.. haha..
siyesly..mun aq nyanyi ya ada duak sbb knk ku nynyi.. sigek sbb ku hepi, sigek sbb ku da masalah. ya jak..
hohoiii~
dak kwn ku ngga ku epy glak.. daknya mala mdh "gelak je keje kau kan". yup.. ng aq ska tetak.. ska gilak2.. ya ng keja aq. aq xtauk mk plh pa slaen dri tetak. pa nk takowg pkey ya xsmestinya sma ngn pa nk jd pd seseorg ya.. :D
nktk mk tdoe pn xpat. mayb sbb lmk glak tdoe ptg tdik ly. smpe ku xngga gme. bha. sory, ku mk ngagak, tp yala, xda geng mk dgn bha. nk da tk bknnya mk dgn pn. sory, mun ku xcarik ko. sory glak2.
bha.chill ieda. today is Sunday! time to huhahuha! okey, gudnite olls..
*tryinghardtosleep :)

Kisah budak bernama Sara

Sara. Seorang budak perempuan berumur 8 tahun. Kecil tubuhnya. Tak mengerti apa yang sedang berlaku disekitarnya. Di rumah, Sara bermain seorang diri. Kadang-kadang dengan abangnya. Tika keseorangan, patung-patung di bilik menjadi teman bermainnya. Senyumannya masih juga terukir. Suatu hari, di sekolah, Sara lihat rakan-rakannya makan waktu rehat. Makanan tersebut disediakan oleh ibu mereka. Sara turut makan pada waktu itu. Tetapi, makanan yang dibeli di kantin. Ketika pulang dari sekolah, Sara bertanya kepada ayahnya "Kenapa mak tak macam mak orang lain?". Ayahnya senyap tanpa kata, teruskan memandu kereta menuju ke rumah. Sampai di rumah, semuanya seperti biasa. Kosong, perasaan kasih sayang itu tiada. Sara tetap gembira. Itu kerana dia tidak mengerti. Ayahnya turut berasa kosong. Abang? Abangnya sudah tidak punya perasaan lagi. Balik rumah, makan, menonton tv, bermain permainan dan mengayuh basikal, malamnya makan, tidur. Abangnya pun berasa kosong. Mana perginya kasih sayang dulu yang tika itu pernah mereka rasakan. Perasaan kasih sayang yang diberikan oleh seorang wanita bernama ibu?? Tika masalah mendatang, tika kaki dilakar luka, ibulah yang menyapukan ubat pada luka tersebut. Tapi kini, bila Sara mengadu luka, ibu biarkan. Sara mengubati luka itu sendirian. Ibu leka dengan telefon bimbit ditangannya. 24 jam tanpa henti. Ayah sudah penat memikirkannya.

Suatu hari, raya menjelma. Saat yang dinantikan oleh kesemua umat Islam. Begitu juga bagi Sara dan abangnya. Mereka beraya di kampung. Gembira sunnguh mereka pada hari itu. Makcik dan pakcik menumpahkan kasih sayang mereka pada kedua adik-beradik ini. Ayah juga turut terenyum. Tersenyum melihat anak-anaknya gembira. Petang itu, tika dua beradik ini sedang gembira dan tika sanak-saudara bertandang ke rumah. Satu kejadian berlaku. Ibu bising-bising mencari charger telefon bimbitnya. Seluruh isi rumah mendengar suaranya. Ibu menyalahkan makcik. Berkata itu dan ini kepada makcik. Ayah sudah tidak mampu menahan sabarnya lantas menjerit dan memarahi ibu. Seluruh isi rumah terdiam. Tika itu, Sara dan abangnya sedang bermain di luar rumah. Mereka turut terdiam terpaku seketika. Ayah sudah lama bersabar. Bersabar dengan segala-galanya. Akhirnya, hari tersebut perasaan itu tidak mampu tertahan oleh ayah lagi. Seperti gunung berapi yang meletus, seperti itulah amarah ayah ketika itu. Abang pergi mendapatkan ayah, menahan tubuh ayah daripada terus pergi mendapatkan ibu. Sara terpaku melihat kejadian itu. Banyak yang Sara dengar, banyak yang Sara lihat. Reda kejadian itu, Sara kembali bermain. Masih tersenyum. Tapi, air matanya tiba-tiba memenuhi kolam kelopak matanya. Tetapi, masih juga senyuman Sara ukirkan. Dia tetap bermain seperti biasa.

Kini, entah bagaimana perasaannya. Seorang kanak-kanak yang masih kecil. Inginkan sebuah keluarga yang gembira dan penuh dengan kasih sayang. Mungkin dia mula mengerti erti hidup. Mungkin kisahnya begini, kisah yang telah Allah tuliskan untuknya. Dia jalani hidupnya seperti biasa dengan perasaan KOSONG itu dan tetap mengukirkan senyuman dan menghamburkan gelak tawanya.

Friday, September 21, 2012

Resident Evil Retribution the best!

Assalamualaikum...
Baru sampai dari Mid lepas tengok Resdient Evil Retribution. Ommo~! Daebak okeyyy~!!
Bestt.. sound effect best, tanjat boboi tauu... haha.. Seriously, Milla Jovovich terbaekkk la... dan Bingbing mmg smart kottt.. dgn dress merah dia.. gorgeous okeyss... mmg layan la tgk.. best2... biarpun lambat tgk, asalkan dapat tgk.. ahaaa.. puassss. :D lepas sekian lama sibuk dan tension dengan assignment, akhirnya berjaya jugak kuar dgn dak2 ni..sampairasamacamnakdemam* amekkau, nk sgt kuar.


okey, sekian, terimalah KFC daripada kami. ^^,



Thursday, September 20, 2012

Hujanmengiringirinduyangbertamu :(

Assalamualaikum..
Hai! Nampaknya KeyEl hujan harini. Yup, petang ni. Dan jerebu masih bersisa.. Hoihoiii~~ Patutla walaupun matahari xda, tp cuaca tetap panas. Rupa-rupanya jerebu. =..=
Oh, okey.. berbalik kepada tujuan aq menconteng wall ni.

Ni untuk awak, PAKCIK. :)


#Daripada nak buat laporan PBS, buat laporan ne plak dah. sebab bila sorang2, fikiran sy trus pegi kat pakcik sorg ne -..-

Wednesday, September 19, 2012

*Nasihatyangpanjangtapicomeldaripadapakcikyangcomel*

Mornite guys.. :)
Tadi, ada sorang pakcik ni, comel betulllll! Pakcik ne pakcik yang paaaaaling comel. Tau kenapa? Sebab dia bagi nasihat yang sangat comel dan menghilangkan segala tensen dalam kepala. Seriously, kalau pakcik ne tengah bagi ceramah, aq xpernah bosan. Makin suka dengar lagi la.
Hohoii..pakcik.. smoga pakcik dan c nenek berjaya menempuhi semua dugaan yang mendatang dengan tabah. Sy sentiasa doakan yang terbaik untuk pakcik dan nenek. Amin :)
Btw.. sy rndu pakcik~

Tuesday, September 18, 2012

*Entrytanpatajukcumaadaperasaan*

Hai..tiba-tiba masa tengah fikir-fikir tentang assignment, sy teringat dgn henpon sy. Tuuu saaaaaaaaaana tu jauh kat atas katil. Sunyi tanpa bunyi ringtone "As long as you love me". Bila henpon berbunyik cepat2 pegi cek, tapi bukan tu yang sy harapkan. Bukan daripada pengirim yang bernama Celcom! huh! -____-" Cepatlah masa berlalu, xda smgt nk buat assignment ne. Tolonglaaaa.. Cepatttttt. Cepat sampai ke jam 12 ke atas. Sy rndu suara itu. Suarayangmendamaikanhatiyanggelisah*
Countdown sampai boleh dengar suara tu. Start from now~! Sabau... -___-"
okbai. nak sambung buat kerja balik. btw. *akusayaukanuansulu*
BYE~

Sunday, September 16, 2012

Macam tak percaya esok kena hantar assignment

Assalamualaikum..haha.. kali tk ku mk post lam bahasa swk la..rndok aty mk post lam bhs swk eh.. :)
esok 17 hb nak?? yayy. abis la ku.... esaimen ku lom dak plah gk especially esaimen pbs ku ya.. aiehhh.. aq pn xtauk phl ku mls glak mk mlh esaimen nktk.. pmls alu jak.. ieda, ieda. bgun gk kw oi... plh keja nunnnnn!!!! -___-""
cmne mk ilangkan sa mls tk? pdh an ku lok bleh x? tlg tkuk palak ku lok. malas glak dh ku nktk.. huhuu.. rndu ku mk jadi miak skola kdak dlok. rajin jak ku dlok mlh keja..haha.. wasehh.. muji dimpun... xda ku muji ehh.. buekkk..
aq dh try mlh keja smbl dga lgu, agk juak pmls ku tok.. hohooohooooo... tlg la.. -..-"
esok dua igek esaimen plu ku anta.. tp?? pa nk ku plh nktk? on9.. bagus nk ouu..hahha kbai. -..-"

Walaupun gambar tu tak okey, tu tak penting.

Hohooo.. sedikit kecewa bila benda yang kita nak sangat-sangat, tapi last-last benda tu xjadi.
yup, gambar. :( sy bercakap tentang sekeping gambar. mungkin bagi orang sekeping gambar tu mean nothing. yup, nothing at all la sgt. tp bukan utk sy. kecewanyaaaa.. :'(
Tapiii, bila fikir-fikir balik, okey la tu at least ad juga kan gambar walaupun xok.. ok,ok,ok.
Dannn.. bila fikir-fikir balik untuk kali yang keberapa entah.. baru terfikir yang gambar tu xsepenting memori yang ada dlm ingatan n dalam hati. ohyeahh.. sy dh siap letak dlm hati, dlm sel-sel otak, dan yang lain-lain yang berkenaan semua tentang .......
otak manusia kan boleh simpan ingatan yang sangat bermakna utk dia, so, otak sy lebih bagus drpd sekeping gambar. teori apa tu? lupa dah.. bha, fikir la sndri.. hoho. kbai. ^^, =.=

Friday, September 14, 2012

It will always be you, before, now, and after.

Assalamualaikum..
Hari ni tiba-tiba rasa macam nak tulis sesuatu kat sini. :)

Kata orang, cinta pertama tu susah nak dilupakan. Yup, memang susah, sebab apa yang ada dalam memori kita memang susah untuk dilupakan apatah lagi kalau memori tu merupakan memori yang sangat indah yang kita rasa  bila kita ingat balik kita akan berfikir sejenak.(berfikir tentang apa taktau la, yang pasti, kita pasti akan terfikir kembali). Biarkanlah memori tu kekal dalam ingatan, jadikan memori tu sebagai peirngatan kepada kita untuk kali yang berikutnya. Jangan pernah menyesal bahkan, senyumlah sebab kita dapat belajar sesuatu daripada pengalaman tu. :)

Bila hati dah tergerak untuk berputik semula, rasa takut itu masih ada. Takut sebab apa? Sebab pengalaman yang lalu mengajar seribu satu pengajaran. Takut untuk terlalu percaya, takut untuk terlalu "berperasaan", takut untuk menaruh harapan dan macam-macam lagi. Lumrah manusia untuk berasa takut dan beringat-ingat . Biasanya, manusia akan beringat-ingat selepas terkena. Biasalah tu. Kehidupan mengajar manusia untuk berubah menjadi lebih baik.

Tapi tak salah rasanya kalau kita bagi peluang pada hati untuk percaya kembali. Itu pun lepas kita dah kuatkan benteng2 sekitar hati tu supaya hilangkan rasa takut untuk mencuba. Dan ya, tak salah untuk mengharap. Sebab dengan adanya harapan tulah kita akan punya matlamat untuk dicapai. Yang penting, bila kita dah set matlamat tu, pastikan matlamat tu dicapai. Jangan pernah terpedaya dengan anasir-anasir yang cuba mempengaruhi diri.

Dan ya, manusia telah belajar daripada pengalaman. Apa yang ada sekarang ni, hargailah seadanya, jangan pernah persoalkan. Kebahagiaan itu ada untuk semua orang. :)

Wednesday, September 12, 2012

Tabah menghadapi hari-hari mendatang :)

Assalamualaikum..
Minggu-minggu yang telah berlalu dan bakal mendatang ni memang sangat sibuk. Yup, sibuk dengan assignment yang nak kena hantar, kerja-kerja yang belum settle, masalah yang memang dah lama berumah di kepala lagi, fikirkan itu, fikirkan ini... =.=
Tidur pun tak cukup. Tu perkara biasa.. -___-"
Tapi......teruskan tabah dan bersabar menghadapi hari-hari tersebut. Memang rasa susah tapi insyaAllah, ada hikmah disebaliknya. :) -itu aku cakap kat diri sendiri,lepas tu senyum sorang2, buat tak tau-

^^,

Sunday, September 9, 2012

Assalamualaikum..

Lama dah tak update blog. Ni baru terhegeh-hegeh nak update. -___-" Sangat teruk sampai dah berkulat dah entri-entri kat dalam ni.~
Sepatutnya aku nak update semalam, tapi assignment memanggil-manggil untuk disiapkan sebab hari ni nak kena hantar. Macam dah jadi satu habit, esok nak hantar harini baru nak siapkan. Ishhh.. Terukkan..?
Ohya.. semalam berapa haribulan? 9.09.12 kan? Haha
Untuk dia:
Saya tau la semalam tu 9hb tapi malas nak gtau. Diam-diam suda. Saja mw test. :P
Btw, this is for you:

okey, thank u :)

Monday, August 6, 2012

Lelaki berbaju melayu serious handsome ^^

Baru je post entry baru td, sekarang post lagi satu. Teringat kata-kata junior sy, " Lelaki kalau berbaju melayu handsome kan". Then, sy fikir, fikir, dan fikir. Ermm.. betul juga tu. Bukan betul jak tp memang betul. Bila tengok budak kelas (lelaki) berbaju melayu memang serious rasa lain sebab sebelum ne slalu pakai kemeja je kan. Terserlah kemelayuannya di situ ya. Haha. Btw, walaupun ramai yang handsome tp, yg sorg tu tetap yg paling handsome termasuk Abah, Tam, dan Abby. Hahaha XD

*gambar xda, tunggu raya XP

Holiday is just around the corner!

Assalamualaikum..
Mcm bosan kan? Takpa cuti semester tak lama lagi tu. Boleh balik rumah. ^^
Ohoo.. sy rindu rumah, sy rindu segala isi rumah, sy rindu mak, abah, tam, abby, sara, sy rndu patung2 kat bilik, sy rindu bantal, sy rindu makanan Sarawak. Seriously and deeply miss those things. Kalau korang beraya di rumah, sy beraya di kampung. Lama dah xberaya kat kampung. Last raya kat kampung pun waktu darjah 6(kalau xsilap). Paling best tym tu. Main pakai2 inai kat jari. Semangat kot nak beraya. Main mercun smpai tak ingat dunia. Mak suruh balik, masih gak nak main. Kenangan waktu kanak-kanak memang best. Sy rindu kazen sy~ T___T
Oho, btw, sapa rumah dy kat area Grik tu mai la p umah mak long sy kat Pulau Belayar. Bole la jumpa kan? :P
Bawah ne gambar tahun lepas:
Azman's family

me n sara

dua hero handsome Encik Azman n Puan Nurain

Okbai, thank u for ur reading :)

Saturday, August 4, 2012

InsyaAllah, Five Years More

Five years is too long to go. There must be a lot of hardship that waiting for us. But insyaAllah, be strong, keep on praying to Allah for the best. Chaiyok2! LOL. ^^,

Monday, July 30, 2012

Terima kasih E09

Terima kasih E09 sebab selalu ada waktu sy susah. Terima kasih juga ya Allah sebab berikan jalan bagi setiap masalah yang mendatang. Betul kata-kata ne, "Allah takkan beri kita dugaan yang xmampu kita hadapi" Setiap dugaan yang Allah bagi tu mesti ada jalan penyelesaiannya. Yang penting, kita perlu tabah dan sabar menghadapi dugaan tersebut, insyaAllah, kita berjaya tempuhi dugaan tersebut. Lagipun, Allah duga kita sebab Allah sayangkan kita kan? Jadi, think +ve Ieda. :)
Terima kasih juga utk E09, sentiasa ada waktu sy susah, dengar cerita sy. Sy terharu.. T_T

p/s: insyaAllah, one day I will ^^


Thursday, July 19, 2012

Terima kasih kawan :)

Assalamualaikum. Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak bagi semua yang beragama Islam.
Hari ni, aq nak post entry tentang terima kasih kawan. Kenapa? Sebab dedikasi ramadhan yang telah dikirimkan.. Syukran ya ukhti. Aq kenal sapa penghantarnya. Thanxs a lot to Echa, Pjah, dan Itah. :) Makaseh.. ^^


Semoga ramadhan kali ini membawa seribu erti dan barakah kepada kita. Selamat menyambut ramadhan Echa, Pjah, n Itah. ^^,

Sunday, July 15, 2012

Thank you chingu (ZAZA TAHIR)

Assalamualaikum. Hye! Haha.. Tadi tym aq pegi bilik kawan, tetiba handphone berbunyi, bila baca mesej tu, tadaaa... ada gambar something kat depan bilik aq.. Mesej daripada sapa 2? Daripada ZAZA TAHIR.
Thank you so much ZAZA. Hadiah terbaek <3. Saranghae chingu yaa ^^,

* sorry, meja ngarey ckit. haha :P



mcm nk kta polah tym prs ary ya,, tk ka nk ditulis ktk rah ketas riya za? hehe :)


Gambar zaman kanak-kanak (Saya comel) ^^

Assalamualaikum. Hye! Rajinkan aq update blog? (macam bermonolog dalaman je) Sekarang, meh tgk gambar zaman kanak-kanak aq dulu. Comelkan? ( puji diri sendiri, kalo x sapa nak puji) Memang comel....!! ^^


Hi ! ^^

Kat hotel pudu ^^

Waktu raya ^^

Indu dara bajik ^^

Saturday, July 14, 2012

I think I've fall in love with you

Assalamualaikum..

What does the entry tell? Hahaha. I've fall in love? Yes, I am. I am so deeply in love right now. I had fall in love with your voice, the way you pronounce your words. <3 I love it. Listen to your voice would make me melt like an ice out of refrigerator. :P
Hahaha.. Actually here, with whom did I fall in love with? The answer is, with.. someone.. Aha!.. Yesss, you, JASON MRAZ with his song called I Won't Give Up. Last but not least, I want to dedicate this song to someone over there. ^^,



Girls Day Out

Assalamualaikum.
Oh yeah, hari ni hari Sabtu. Macam biasala.. Kalau free tu, keluar, hilangkan stres la kononnya.
Harini, aq keluar jalan2 dgn the girls~ Sweet kan?? Pergi mana? TS.. hehe.. teringat kata2 pak cik teksi tadi. Pak cik tu cakap budak2 zaman sekarang ni semua dia nak guna short form.contoh: "Nak pergi mana? TS". nasib baik pak cik teksi tu tau maksud short form TS= Time Square. Lagi short form yang lain :: BB (Bukit Bintang), MJ (Masjid Jamek). Pak cik tu cakap, dia kena belajar short form short form ne takut nanti dia xpaham apa yang budak2 zaman sekarang cakap.

Tadi jalan memang terbaek la.. Sampai sakit2 kaki berjalan. Mana x nya, daripada pagi sampai ke petang berjalan. Tu baru kat dalam TS je. Oh ya, yang paling penting, kami memang gembira betulllll tadi. Pengalaman yang xdpt dilupakan tadi tu. Best! Makaseh friends. ILY! ^^

Friday, July 13, 2012

Kenangan zaman sekolah memang xdapat dilupakan.

Assalamualaikum..
Hye bloggers.. ^^
tadi bila tengok-tengok balik album lama, terjumpa balik dengan gambar lama waktu Kadet Polis. Rindunya pada kenangan tu. Kadet Polis paling terbaek yang pernah aq join. Sebab? Ada aktivit perkemahan, Ronda Pandu Arah, dan menembak. Seriously, aq paling minat aktiviti macam ne. Ingat lagi dulu bila join RPA, guna kompas utk cari arah dalam hutan. Siap menjerit kuat2 lagi dulu. Sorry Sarjan, xsengaja sebab terlampau bersemangat nak menang. Alhamdulillah, dapat gak tempat ke-2 walaupun baru pertama kali join RPA tu. Menembak? memang terbaek lah walaupun yg kena sasaran tu sikit je pun. TAPI BESTTT! Syiokk gitu. Tym perkhemahan pulak, best macam2 yang berlaku. Dapat kenalan baharu. Dan tak lupa juga, terjumpa dengan crush. Haha. Biasala.. zaman dulu-dulu. 

Oh, ni gambar waktu jaga perbarisan kat sekolah dulu. Escape jap p amek gambar. Hehe :P

p/s: Gambar tu merupakan penyimpan memori yang terbaik. Sekeping gambar menceritakan pelbagai kisah.



Bila demam mula menerjah

Penat berjalan dan berhuhahuha dengan kawan, hasilnya, rasa macam nak demam. -.-"
Entah kenapa tadi waktu tgh jalan2 tiba2 je jantung aq beats faster then before about 1 minute. Kenapa tu ah? Bla tarik nafas dalam2 baru ok. Tau ka kenapa?

Alhamdulillah, 20 tahun telah berlalu di bumi Allah :)

Assalamualaikum.. Hye bloggers. Brapa hari bulan hari ni? Apa? 13 Julai? Heee... Hari ni sangat sepcial utk aq sbb hari ni merupakan ulang tahun kelahiran aq yang ke-20. Alhamdulillah, aq masih bernafas lagi di bumi Allah ni. masih mampu melihat dan merasa keindahan ciptaannya, masih dapat bersama-sama dengan keluarga dan rakan2.

Terima kasih untuk yang wish birthday especially from my family dan someone dan juga kawan2 especially from PISMP 2E. Sayang korang semua. Terima kasih untuk hari ini. Having so much fun together with u guys.

Untuk yang gantung sesuatu pada pintu tu, syukran ya ukhti. I love u, Amalina An Nur. :)


Friday, June 29, 2012

Kadang-kadang, duduk dalam bilik lebih baik daripada gather ramai-ramai. Kenapa?

Entry kali ne berbunyi seperti di atas. Kenapa ek? Apa yang korang selalu buat bila korang berkumpul ramai-ramai? Girls-girls semua mesti tau kan? Haaa.. Sebab tu la kadang-kadang, bagi mengelakkan kita berterusan melakukan perkara tersebut, (biasalah, mulut ni susah nak dijaga.kadang-kadang terlepas juga) elok kiranya jika kita duduk je dalam bilik. Tapi, xbermaksud macam forever alone. Hehe. Jadi, konklusinya di sini, duduk diam-diam kat bilik tu. Layan movie ke, main game ke. Kan ke elok. Haha. Okay, sampai sini jak dulu ar. ^^,

Wednesday, June 27, 2012

Stress?? Tak boleh nak luahkan kat sapa-sapa?





Assalamualaikum. Now, back to normal. :P
Dalam masa terdekat ne anda semua pernah berasa tension x? Tension tu biasa dalam kehidupan kita sebagai manusia. Tension yang pelbagai. Tengok muka pun tau org tu tension ke x walaupun dia cuba untuk sorokkan terutama sekali sy. Susahkan nk coverline cemerlang tension @ stress ne? Hehe :)
Sy ada beberapa cadangan untuk mengurangkan stress yang bertimbun dalam kepala kita ne. Ne dia:

1. Solat (lepas solat rasa tension tu < tau)
2. Baca al-Quran
3. Dengar lagu (selalu buat)
4. Layan cerita yang lawak2 yang boleh buat kita gelak. Bila gelak, hilang semua stress tu bersama2 dgn gelak kita. :P
5. Bersenam
6. Tidur
7. Mengemas bilik
8. Lagi? Suggestion? Mana tau bole cuba nanti.

Tuesday, June 26, 2012

Sekali-sekala mencuba gaya baharu :)

Hari ne sy try out new style.( New for me :P) And below is the photo of me today. :)


Friday, May 18, 2012

Saya sayang kawan-kawan saya, PISMP 1E

Selamat Hari Lahir utk kawan-kawan yang lahir pada bulan Febuari hingga Jun 2012. (pijah, amal, aiman, itah, wail, shardee, adilah) Saya doakan yang terbaik untuk korang semua. Amin. :)

Kami PISMP 1E, oh, ada 2 org yang takda dalam gambar ni: Kak Tiqa  dan Anuar.

Monday, April 30, 2012

Get well soon, my friends~! ILY

To my dear friends, get well soon and be happy as usual because the class would never be the same if there were someone missing from our class.. Sakit tu merupakan ujian daripada Allah. Sabar ye kawan-kawanku kerana sabar itu indah. :D

Wednesday, March 21, 2012

Melepaskan Geram Di Blog Seketika (Harap Maklum) ^^

Geramgeramgeramgeramgegilakkumalamtok. Bokkutauk. Huuuuu. Dahla. Malaskunkngarapgikmalasplufedupkutauksikyah

Tuesday, February 28, 2012

Jadual Yang Padat Lagi Tepu

Assalamualaikum..
Akhirnya, dapat juga n update blog tersayam ne~ kui3.. Bulan Ferbruari dan bulan Mac akan datang merupakan bulan yang paling 'sibuk' bagi pelajar-pelajar IB..Dengan Hari Sukannya, PBS, assignment.. Huuuu.. Nmapak gayanya, jarang2 la Dayah mengupdate blog lepas neh.. Tambahan lagi, 3 Mac ne dah terbang balik ke Sibu, untuk berPBS selama seminggu, sambung pula cuti pertengahan semester selama seminggu.. 2 minggu tu, Dayah xon9... Pape pun... Insya-Allah, Dayah akan update kembali blog setelah kembali ke IB.. Dayah nak balik Sarawak ne.. Nak kirim pape x? Heee~ ^^,
* Sesibuk mana pun kita, sentiasa ingat Allah ye kawan-kawan. Insya-Allah, Allah akan bantu kita bagi meringankan beban yang dipikul. Berdoalah kepada Allah.. ^___^

Thursday, February 23, 2012

Masih merangkak dalam menghasilkan doodle.. :)

Assalamualaikum.. Dalam entri ne, Dayah nak post sikit doodle2 yang Dayah dah hasilkan. Maaf, biasa2 je. Masih diperingkat permulaan. Buat doodle ne pn hanya guna microsoft excel. Kalau xcomel, sila komen. Kalau comel pun, silalah komen. Gumawo! ^^




Doodle skirt polka dot

Doodle berbaju kurung

Doodle ber'shawl' cheetah

Doodle ringkas


Sunday, February 19, 2012

First time buat doodle :)

Assalamualaikum..sebelum ne Dayah selalu je tgk doodle yg org buat..teringin je nk buat doodle..
Sekarang ne baru ada masa nk buat doodle..Biarla xcomel pun..asalkan berjaya buat! Yeah.. Di bawah ialah doodle yg berjaya Dayah hasilkan:

Monday, February 13, 2012

SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL

* Dayah copy & paste je ne.. mohon copy & paste ye, xbole nk komen d post anda wahai tuan empunya post.. *
* Khas untuk yang ingin kahwin awal *

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
 —