Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

Kalau tiap hari nak seronok, bila masanya kita nak rasa susah?

Assalamualaikum..
Hey, it's been a while since my last update for my blog entry. Kinda busy a lil bit for these few weeks and yup, now, still in busy mode; doing assignment. :)

"Kadang-kadang waktu tengah gembira, gelak, ketawa bagai nak rak, tiba-tiba aku berhenti gelak dan ketawa. Sebab aku takut, nanti aku akan menangis."

"Kadang-kadang, aku suka buat lawak supaya dorang gembira dan gelak. Supaya aku pun turut gembira melihat mereka ketawa. Itu sudah cukup."

"Kita tak pasti sampai bila sesuatu keindahan itu akan terus kekal indah sedangkan bunga yang menguntum mekar mampu layu tatkala bahang mentari menyuluh diri."




Sementara tengah bosan, nyempat-nyempat nak tulis benda nih.

Dengan ini, saya menamatkan kemerapuan untuk malam ini dengan Assalamualaikum w.b.t. :)
#Teruskan tersenyum untuk membuat orang lain tersenyum.

Friday, February 15, 2013

Sepetang Ke Zoo Negara

Assalamualaikum..
Harini, hari berjlalan kaki untuk kami tiga. Kitorang aplikasikan apa yang kami belajar dalam Matematik. Try and Error. Yup. Idea untuk ke Zoo Negara ni bermula bila ada kawan yang dah pergi ke sana. Teringin gak nak pergi, daripada bazirkan untuk beli baju duit tu kan? Hehe. Jadinya, saya search kat internet macam mana nak pegi ke Zoo Negara, menggunakan LRT. Ok, kami bertiga pergi dengan menaiki LRT daripada stesen LRT Universiti, menuju ke arah Gombak, stop kat stesen LRT Wangsa Maju. Harga koin LRT Rm2.40 daripada stesen Universiti menuju ke Wangsa Maju.

Sampainya di Stesen LRT Wangsa Maju, kami terus ambil teksi kat situ menuju ke Zoo Negara. Harga tambang teksi dalam RM4.50. Kalau jalan tak jem, lebih kurang tu lah harga tambang. Lepas tu, sampai kat Zoo Negara, bayar tiket masuk untuk dewasa RM25 kalau guna MyKad untuk hari Isnin-Jumaat. Weekends pulak RM30. :)

Wirstband :)

Bagi yang nak merasa ronda-ronda Zoo Negara dengan menaiki bas comel, bolehla membeli tiket RM3. Manakala, bagi yang rajin berjalan kaki untuk ronda-ronda satu Zoo Negara, bolehla jalan kaki sajo. Penat. Tapi berbaloi. Feeling-feeling macam dalam hutan pulak kan dalam tu. :P

Myema and Me

Jum masuk ke akuarium. Ikan kat dalam tu macam ikan yang selalu dimakan hari-hari pula.

eh, ni Emu la. sama tak dengan burung unta? *confuse

 zirafah mengingatkan saya pada rakan sekelas saya. hihi :P

kak lini tengah ajar cara nak guna camera dia tu. xreti nak ejas-ejas :P


Okay, setakat ni je entri untuk kali ni. Lain kali update lagi yer. Eh, saya ada beli ole-ole tadi :P COMEL. Untuk yang singgah ke blog nih, boleh la yer nanti, kalau belum pegi Zoo Negara, pergilah. Sekali sekala menikmati keindahan fauna kat sana. Bukan senang nak jumpa tambahan sekarang haiwan dah semakin pupus. Ok?

Sekian. Terima kasih sudi baca. :)



Monday, February 11, 2013

Cuti dan Kami

Assalamualaikum bloggers tersayam :) Semalam, saya pegi masjid jamek, jadinya, saya pun sempat snap2 sana sini. Taknak upload kat fb, jadi, upload di blog saya. Blog saya, sukahati saya lar. :P Kalau korang naik LRT semalam, korang akan rasa apa yang saya rasa time tu. Mcm mana? Biarlah rahsia. :) Ok, jum tengok gambar.
Comelkan?

Memandangkan LRT tak ramai orang time ni, tanpa segan silu ktorang amek gambar.

Myema!

Sekian. Terima kasih sebab baca :P

Sunday, February 10, 2013

Hippo

Assalamualaikum.
Harini cuti CNY, rumet pun balik kampung. Jadinya, saya tinggal sorang. Tapi, si Hippo sentiasa menemani diri tiap-tiap hari. Next sem nak aim si Pororo pulak. Tadi nampak Pororo kat Masjid Jamek. Alohh... Comeynyerrr.. Naaakk! Tapi, sabar dulu, tunggu next sem, baru beli. Encik penjual, simpan satu utk sy tauuu :(

Encik Hippo berbantalkan Encik Katak :)
Sekian, selamat malam.

Berkat Kesabaran, Alhamdulillah :)

Assalamualaikum. Baiklah, harini, sy nak kongsikan satu lagi cerita. Cerita tentang diri ini. Hihi.
Setiap kali balik bercuti, cuti sem mahupun cuti-cuti yang ada, mesti orang akan berkata "Apuuu.. makin berisi Ida eh" Okey, sedap kan bunyi nya? Alhamdulillah, itu tandanya, Allah dah kurniakan rezeki yang cukup untuk sy. Sy bersyukur sangat-sangat. :)
Tapi, bila fikir tentang kesihatan, hmm.. Kat situ muncul satu persoalan. Memang, niat di hati nak kurus, tapi yang paling penting sekarang kesihatan. Itu yang utama. Kan? Jadinya, balik-balik je lepas cuti sem sy dengan rajinnya pergi jogging setiap minggu, kawal pemakanan, NO bicarbonate drinks, no fast food, no chocolate. Yup, sy berhenti seketika daripada ambil benda tu. Sekarang dah menampakkan hasilnya. Alhamdulillah. Syukur. Cuma dengan jogging dan kawal pemakanan tu pun sudah memadai. Terima kasih, kawan. Sebab temankan sy jogging, bagi semangat. Yer, korang cakap aku gemuk pun dah cukup bagi semangat kat aku untuk kurangkan berat badan. Nanti bakal suami aku tak mampu nak angkat kot-kot la aku pengsan suatu hari nanti. Haahhh.. Kan? Hihi. Tapi, minggu ni sy dh mula buat balik tabiat lama, makan fast food. Susah, tapi sy cuba.


Okey, nampak tak di situ? Nampak kan? Kalau tak nampak buat-buat je la nampak. Alhamdulillah, ya Allah. :)
Sekian.