Friday, February 15, 2013

Sepetang Ke Zoo Negara

Assalamualaikum..
Harini, hari berjlalan kaki untuk kami tiga. Kitorang aplikasikan apa yang kami belajar dalam Matematik. Try and Error. Yup. Idea untuk ke Zoo Negara ni bermula bila ada kawan yang dah pergi ke sana. Teringin gak nak pergi, daripada bazirkan untuk beli baju duit tu kan? Hehe. Jadinya, saya search kat internet macam mana nak pegi ke Zoo Negara, menggunakan LRT. Ok, kami bertiga pergi dengan menaiki LRT daripada stesen LRT Universiti, menuju ke arah Gombak, stop kat stesen LRT Wangsa Maju. Harga koin LRT Rm2.40 daripada stesen Universiti menuju ke Wangsa Maju.

Sampainya di Stesen LRT Wangsa Maju, kami terus ambil teksi kat situ menuju ke Zoo Negara. Harga tambang teksi dalam RM4.50. Kalau jalan tak jem, lebih kurang tu lah harga tambang. Lepas tu, sampai kat Zoo Negara, bayar tiket masuk untuk dewasa RM25 kalau guna MyKad untuk hari Isnin-Jumaat. Weekends pulak RM30. :)

Wirstband :)

Bagi yang nak merasa ronda-ronda Zoo Negara dengan menaiki bas comel, bolehla membeli tiket RM3. Manakala, bagi yang rajin berjalan kaki untuk ronda-ronda satu Zoo Negara, bolehla jalan kaki sajo. Penat. Tapi berbaloi. Feeling-feeling macam dalam hutan pulak kan dalam tu. :P

Myema and Me

Jum masuk ke akuarium. Ikan kat dalam tu macam ikan yang selalu dimakan hari-hari pula.

eh, ni Emu la. sama tak dengan burung unta? *confuse

 zirafah mengingatkan saya pada rakan sekelas saya. hihi :P

kak lini tengah ajar cara nak guna camera dia tu. xreti nak ejas-ejas :P


Okay, setakat ni je entri untuk kali ni. Lain kali update lagi yer. Eh, saya ada beli ole-ole tadi :P COMEL. Untuk yang singgah ke blog nih, boleh la yer nanti, kalau belum pegi Zoo Negara, pergilah. Sekali sekala menikmati keindahan fauna kat sana. Bukan senang nak jumpa tambahan sekarang haiwan dah semakin pupus. Ok?

Sekian. Terima kasih sudi baca. :)



1 comment: