Thursday, February 14, 2013

Dia Kawan Terbaik Saya aka Buddy

Assalamualaikum dan selamat pagi! Huhuiii!  

Bercakap tentang dia. Siapa dia tu? Eherm, mestilah manusia sebab tu kata ganti nama diri untuk manusia. Dia ni orangnya nak dikatakan henseng, memang pun henseng. Sempurna tubuh badan dan dialah kawan saya. Bukan setakat kawan tetapi the best friend ever. In fact, the best buddy ever. Dia pernah cakap dengan saya tentang BFF saya. Sekarang, saya dah jumpa siapa tu BFF saya. BFF tu mewakili banyak makna sebenarnya, terpulanglah kepada dia yang membaca. Hehe. Ok, BFF saya tu ialah dia. Yup dia. Seriously.

Sebab, best friend or buddy ni kita anggap macam orang yang paling kita percaya. Bila ada masalah, dia tempat untuk kita share masalah, dia tempat untuk kita bertanya dan dia juga orang yang akan ada bila kita senang mahupun susah. Yup. Saya jumpa itu dalam diri best friend saya ni. Dia ni mulutnya kemain. Mengalahkan makcik-makcik Jenab, Jemah, Joyah, Kiyah semua. Kalau dia dah mula berleter, hahh.. amekkau tak berhenti mulut dia tu tau. Tapi dalam leteran dia tu ada baiknya. Macam lecturer. Sebab tu saya suka dengar kawan saya ni berleter. Comel gitu. Hihihi. Dan sebab itu saya suka carik pasal sebab nak dengar dia berleter.


Kadang-kadang, bila tengah dalam dilema tak tahu nak buat keputusan or nak selesaikan masalah, dia menjadi tempat rujukan. Dengar semua pendapat dia, lepas tu barulah saya boleh buat keputusan. Yela, dah dia yang dulu makan garam daripada saya kan. Jadi, kenalah amek nasihat daripada orang yang lebih tua. Heee.

Satu perkara lagi yang saya sangat suka pada kawan saya ni, dia ni jenis yang suka buat lawak. Haha. Like serious? Yup, ramai yang cakap macam tu. Dan saya akuinya. Haha. Thank u buddy sebab buat saya tersenyum hari-hari walaupun saya tak tahu apa yang sedang anda rasa tika tu.

Saya sedar satu perkara. Kenapa saya pilih IPG sebagai pilhan saya dulu. Sebabnya, saya dapat jumpa dengan buddy saya dan juga kawan-kawan saya yang lain.Ada hikmahnya kan? Ehh, saya masih ingat lagi tau waktu merdeka dulu. 1st time saya kenal tuan empunya nama aka buddy saya nih dan waktu tu saya cuma buat tak kisah ja sebab tak kenal dan lagipun waktu tu, jalan cerita buddy saya ni lain. Tak sama channel dgn cerita saya. Hehe. *Fahami semantik ayat tersebut.

Akhir sekali, terima kasih sebab secara officialnya saya mengumumkan bahawa anda ialah buddy aka Best Friend Forever dan yang sewaktu dengannya. ^^,

 ~ You are my buddy, not my cotton bud that when I'm not using you anymore, I'll just throw you away~
~You are my BFF aka Best Friend Forever and not Betrayal Friend Forever~

Bak kata Bunga Citra Lestari;
Jika ada yang bilang ku lupa kau,

Jangan kau dengar,
Jika ada yang bilang ku tak setia,
Jangan kau dengar,
Jika ada yang bilang ku tak baik,
Jangan kau dengar,
Jika ada yang bilang ku berubah,
Jangan kau dengar.



Sekian.

2 comments:

Unknown said...

seronok bla kta ada teman rujukan. bla tak tahu blh tnya.

NURHIDAYAH said...

yup :)