Friday, September 14, 2012

It will always be you, before, now, and after.

Assalamualaikum..
Hari ni tiba-tiba rasa macam nak tulis sesuatu kat sini. :)

Kata orang, cinta pertama tu susah nak dilupakan. Yup, memang susah, sebab apa yang ada dalam memori kita memang susah untuk dilupakan apatah lagi kalau memori tu merupakan memori yang sangat indah yang kita rasa  bila kita ingat balik kita akan berfikir sejenak.(berfikir tentang apa taktau la, yang pasti, kita pasti akan terfikir kembali). Biarkanlah memori tu kekal dalam ingatan, jadikan memori tu sebagai peirngatan kepada kita untuk kali yang berikutnya. Jangan pernah menyesal bahkan, senyumlah sebab kita dapat belajar sesuatu daripada pengalaman tu. :)

Bila hati dah tergerak untuk berputik semula, rasa takut itu masih ada. Takut sebab apa? Sebab pengalaman yang lalu mengajar seribu satu pengajaran. Takut untuk terlalu percaya, takut untuk terlalu "berperasaan", takut untuk menaruh harapan dan macam-macam lagi. Lumrah manusia untuk berasa takut dan beringat-ingat . Biasanya, manusia akan beringat-ingat selepas terkena. Biasalah tu. Kehidupan mengajar manusia untuk berubah menjadi lebih baik.

Tapi tak salah rasanya kalau kita bagi peluang pada hati untuk percaya kembali. Itu pun lepas kita dah kuatkan benteng2 sekitar hati tu supaya hilangkan rasa takut untuk mencuba. Dan ya, tak salah untuk mengharap. Sebab dengan adanya harapan tulah kita akan punya matlamat untuk dicapai. Yang penting, bila kita dah set matlamat tu, pastikan matlamat tu dicapai. Jangan pernah terpedaya dengan anasir-anasir yang cuba mempengaruhi diri.

Dan ya, manusia telah belajar daripada pengalaman. Apa yang ada sekarang ni, hargailah seadanya, jangan pernah persoalkan. Kebahagiaan itu ada untuk semua orang. :)

No comments: