Monday, January 28, 2013

Yakin Saya Boleh, In Sha Allah

Assalamualaikum. Selamat bercuti kepada yang tengah bercuti seperti kami di sini. Indahnya bila hari Isnin cuti kan? Okay, kembali kepada tajuk di atas. Saya jenis yang kurang yakin atau lebih tepat tak yakin dengan diri sendiri. Yup, itulah saya. Sebab tu, bila orang tanya soalan, saya jawab pun macam 2, 3 je. Sampaikan nak buat keputusan tu pun selalu ikut apa yang orang katakan. Nak memimpin orang tu, susah sangat bila ada sikap macam ni. Jadi, saya rajin jalan-jalan dekat internet, baca artikel, sampai terjumpa satu artikel ni, "10 Tips Mewujudkan Keyakinan Diri". Menurut artikel tersebut, tips-tips nya adalah:

1. Kita diciptakan oleh Allah, sama macam orang lain, tiada kurang, tiada lebihnya. Sebab Allah tu Maha Adil.

2. Kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh buat kan? Pedulikan apa yang orang nak kata. Cakap dalam hati "I can do it! Yes, I can!" Percayalah, lepas tu mesti boleh buat.

3. Perbaiki kelemahan diri.

4. Berani untuk buat sesuatu yang positif.

5. Elakkan perasaan malu yang tak bertempat. (Ini memang selalu jadi kat saya. Malu tak bertempat. Tapi Alhamdulillah, sejak masuk IPG, malu tak bertempat tu dh berkurangan. Nak present pun dah semakin yakin)

6. lakukan aktiviti riadah.

7. Kemaskan diri anda supaya berasa lebih yakin. Pakai kemas-kemas, supaya nanti takda la rasa segan sebab masalah ketiak berpeluh dan sebagainya.

8. Cuba untuk pandang tepat ke mata orang yang sedang kita berkomunikasi tu. Lepas tu touch up sikit dengan gesture tangan supaya tak jadi kaku.

9. Jangan fikirkan tentang masalah tetapi hasil daripada tugasan tersebut. Yup, saya belajar sesuatu harini.

10. Jangan bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Jangan buat kerja last minit. Peringatan untuk diri juga.

Dah habis baca tips kat atas, cuba, try, test. Mana lah tau berkesan. Tapi, Alhamdulillah berkesan juga untuk saya setakat ni.

Sebagai perkongsian, bagi membuat sesuatu keputusan tu kadang-kadang memang sukar. Sebabnya kita perlu jaga hati semua pihak. Tapi, bila kita dah berbincang, dapatkan pendapat pihak yang lain. InsyaAllah, keputusan yang kita buat tu tentu menyenangkan hati semua pihak. Dan, kita semakin yakin pada keputusan yang kita buat tu.
Terima kasih untuk Encik Hati sebab bantu saya harini. Cerita kita lain kan, tak sama? Thank u. Maaf mengganggu proses tumbesaran anda. :)




No comments: