Macam dah lama tak update blog kan? Ni datang balik niat nak update blog sebab tengok kawan update blog. Pastu barulah teringat dengan Encik Blog. Kesian, selalu sangat terabai ye awak, Encik Blog. :)
Okeylah, berbalik kepada tajuk entri kali ni; "How To Last Forever". Ehermm. Nak jadi doktor cinta kejap sebagai kerjaya sambilan sementara tengah belajar ni.
Kita belajar daripada pengalaman. Kan? Kalau tak belajar-belajar lagi daripada pengalaman tu memang tak sedar diri langsung! Mohon buat refleksi lagi, ok.
Moh kite tengok macam mana nak bagi sesuatu hubungan tu last forever (berdasarkan kajian sendiri je XP):
1. Dalam satu perhubungan tu, ada dua jenis manusia. Kadang, sama, kekadang berbeza sifatnya, perangainya sebab Allah cipta kita saling berbeza antara satu sama lain. Uniknya ciptaan Allah. Makanya, fahami antara satu sama lain. Mesti ada sistem barter dalam sesuatu perhubungan tu. Opsss.. bukan sistem barter untuk benda yang buruk tetapi untuk yang baik, iaitu mengenali hati budi masing-masing.
2. Jangan mudah membuat kesimpulan. Semua orang pandai membuat kesimpulan sebab semua belajar cara nak buat esei. :P HAHA. Okey, kalau anda jumpa satu berita, atau info negatif tentang pasangan anda, jangan mudah sangat nak terus menuduh, membuat keputusan terburu-buru. Otak anda tu apa gunanya kan? Haa.. guna untuk berfikir! Faham itu?
3. Saling percaya. Percaya itu penting dalam semua jenis perhubungan. Kalau tak percaya, takkan ada satu perhubungan yang akan wujud. Sebagai contoh, anda berkawan dengan si X sebab apa? Bila tengok dalam2, sebenarnya, sebab anda percaya dengan kawan anda tu. Macam tu juga dengan si Dia. Jangan terlalu berfikiran negatif terhadap dia sebab apa yang kita fikir tu kemungkinan besar akan dijelmakan dalam bentuk realiti. Tak mudah untuk beri kepercayaan pada orang lain, tapi apa salahnya mencuba. :)
4. Doa. Doa tu penting. Sebab, walau banyak mana pun kita usaha, tapi tanpa doa, belum tentu usaha tu akan berhasil. Jadi, banyak-banyakkanlah berdoa. InsyaAllah, jodoh itu ada untuk anda cuma anda perlu bersabar. :)
baiklah, itu sahaja untuk setakat ini. :)
No comments:
Post a Comment