Tuesday, February 28, 2012

Jadual Yang Padat Lagi Tepu

Assalamualaikum..
Akhirnya, dapat juga n update blog tersayam ne~ kui3.. Bulan Ferbruari dan bulan Mac akan datang merupakan bulan yang paling 'sibuk' bagi pelajar-pelajar IB..Dengan Hari Sukannya, PBS, assignment.. Huuuu.. Nmapak gayanya, jarang2 la Dayah mengupdate blog lepas neh.. Tambahan lagi, 3 Mac ne dah terbang balik ke Sibu, untuk berPBS selama seminggu, sambung pula cuti pertengahan semester selama seminggu.. 2 minggu tu, Dayah xon9... Pape pun... Insya-Allah, Dayah akan update kembali blog setelah kembali ke IB.. Dayah nak balik Sarawak ne.. Nak kirim pape x? Heee~ ^^,
* Sesibuk mana pun kita, sentiasa ingat Allah ye kawan-kawan. Insya-Allah, Allah akan bantu kita bagi meringankan beban yang dipikul. Berdoalah kepada Allah.. ^___^

Thursday, February 23, 2012

Masih merangkak dalam menghasilkan doodle.. :)

Assalamualaikum.. Dalam entri ne, Dayah nak post sikit doodle2 yang Dayah dah hasilkan. Maaf, biasa2 je. Masih diperingkat permulaan. Buat doodle ne pn hanya guna microsoft excel. Kalau xcomel, sila komen. Kalau comel pun, silalah komen. Gumawo! ^^




Doodle skirt polka dot

Doodle berbaju kurung

Doodle ber'shawl' cheetah

Doodle ringkas


Sunday, February 19, 2012

First time buat doodle :)

Assalamualaikum..sebelum ne Dayah selalu je tgk doodle yg org buat..teringin je nk buat doodle..
Sekarang ne baru ada masa nk buat doodle..Biarla xcomel pun..asalkan berjaya buat! Yeah.. Di bawah ialah doodle yg berjaya Dayah hasilkan:

Monday, February 13, 2012

SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL

* Dayah copy & paste je ne.. mohon copy & paste ye, xbole nk komen d post anda wahai tuan empunya post.. *
* Khas untuk yang ingin kahwin awal *

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
 — 

Thursday, February 9, 2012

Happy Birthday to u Abby ! :)

Inilah Mohd Firdaus aka Abby, my little brother  :)

Selamat Hari Lahir yang ke-12 tahun Mohd Firdaus Bin Mohd Azman..! Belajar rajin-rajin ye... UPSR just around the corner. Nanti Ida beli barang yang Abby nak ea.. Or nak Ida spon McD? Hehehe.. Pilih, pilih... Bulan 3 ni lah ye.. Insya-Allah :)

Memang saya minat k-pop..!

Yup, Dayah memang minat k-pop.. :) Daripada lagu, variety shows, smpai la ke dramanya... Semua Dayah layan. Sebab best! Terutama sekali lagunya. Best! Walaupun bahasanya kurang difahami, tapi Dayah tetap berusaha untuk carik lirik dalam English. Hehehe.. Tambah satu lagi, arits2 nya semua comey2 blaka.. :) Heheheee.. Tapi, minat tu xla sampai taksub sangat. :) Ok, ok?

-TAMAT-
Assalamualaikum. :)

Monday, February 6, 2012

Don't judge a book by its cover

Assalamualaikum..
Semalam Dayah p ke satu majlis ni.. Penceramahnya ada mengatakan bahawa, tak semestinya orang yang duduk kat tepi tong sampah, merayau ke hulu ke hilir, tu gila, berbau. Lagi mengejutkan kalau orang yang berpakaian kotor dan dok merayau kat jalan raya tiap-tiap hari, duduk tepi tong sampah tu, bila lau depan kita langsung tak berbau busuk pun.. Wangi ade lah, jika dibandingkan dengan kita ni ada yang segelintirnya yang berbau hapak. Sebenarnya yang nak disampaikan kat sini, janganlah kita cepat berburuk sangka dan terus membuat konklusi dengan sendirinya. Manalah tahu, orang yang duduk tepi tong sampah, merayau ke hulu ke hilir macam orang yang tak berapa nak waras tu ada kelebihannya yang tersendiri yang Allah kurniakan. Kita manalah tau kan. Wallahualam.. :)
p/s: Janganlah cepat membuat konklusi ^____^

Sunday, February 5, 2012

Nice song by sam tsui :)

Don't want an ending by Sam Tsui. Do listen to this song. I had just listen to it this year though this song already aired two years before. Nice :) Click here to listen. :)

Allah temukan kita dengan orang yang salah untuk berjumpa dengan orang yang betul pada akhirnya. :)

Mesti ada di antara pembaca yang pernah beberapa kali menemui kekecewaan kerana telah bertemu dengan orang yang bukan ditakdirkan untuk dirinya. Janganlah bersedih sebab, Allah nak temukan kita dengan orang yang sebenar-benarnya, orang yang empunya kepada tulang rusuk kita. Allah juga nak kita belajar daripada pengalaman kita yang sebelum ni supaya kita mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruknya. Jadikan kisah sebelum ni sebagai iktibar untuk diri. Jangan la pula sampai nak bersedih, berkurung dalam bilik beberapa minggu, tak makan, tak mandi, tak nak ke sekolah. Jangan sampai nak bunuh diri pulak. Adehhh2~ Kalau nak selamat, baik xyah bercinta. Senang! :) - Semoga Dayah juga dijauhkan daripada perasaan sedang ingin bercinta- (:P :P)

 Jadi, kalau dah bukan dia yang ditakdirkan untuk kita, harap bersabar lah ye. Insya-Allah, nanti jumpa jugak dengan Mr. Right kamu tu. "Kalau dah jodoh tak ke mana, " sebab semuanya dah ditentukan oleh Allah sejak di Luh Mahfuz lagi. :)

Even it is hurt.

It's 2.00 am now and I can't go to sleep because a double cheese burger 'bus' was on their way to my intestine. While eating, I keep on thinking, should or not I eat this at this kind of time. (afraid of gaining weight actually). And at the end, I came up with this thought:

Why does people keep on mentioning a person about his/her fattiness? Did they do anything bad to you? Why don't you give them some motivation so that they can improve their own health and lose weight either than keep on saying 'err..you are too heavy, i can't hold you.' You would make one hurt even you are seeing them smiling when you saying those word to them. Did you ever experience it? If you does, then you know how does it feel. It feel GREAT right?

Did you know, by giving them a few words of motivation could burn up their spirit to change themselve. So, do not let them down, give them support. :)

Saturday, February 4, 2012

Pororo my sweet pie :)


Comel kan? Ni lah dia Pororo! Kartun yang terkenal di Korea. Dayah mula kenal Pororo waktu tengok cerita Running Man. Terima kasih sebab kenalkan Dayah dgn Pororo.
Comel.. Kalaulah kat Malaysia ada jual patung ne, memang Dayah beli. X mampu beli patung, key chain pun jadi la. Ada sape2 pernah tengok kat mana-mana kedai di Malaysia yang ada jual Pororo? 
Komen kat bawah ye. :)

Salam Maulidur Rasul :)

Assalamualaikum..

Salam Maulidur Rasul buat semua..

^_^

Pesta Buku :)

Hari ni, awal2 pagi, pukul 9 dah kuar semata-mata nak pegi Pesta Buku yang bertempat di PWTC. Sebab utama nak pegi sana: nak beli Kamus Dewan. Okay, fine! KAMUS DEWAN. Lepas buat satu pusingan dalam tapak pesta buku tu, apa yang Dayah dapat? Hehehe.. Bukannya beli Kamus Dewan, benda lain pulak yang dibeli.. Ish3... Bukan apa, ingatkan kamus dewan kat situ murah sbb hari tu tgk promotion kat Popular, harga kamu dewan dalam RM40++ kalo xsalah. Tapi, tadi, kat sana RM53.. Jadi, cancel beli.. Tunggu musim buka sekolah nnti, mesti ada diskaun lagi kat Popular tym tu Dayah nak pegi beli kat sana. Pasti! Haaa.. tau x, ap yang Dayah beli kat Pesta Buku tu? Tadaaaaaaaaa.....!

Akhirnya Kutemui Cinta-Mu dan badge Ana Muslim :)





First sekali Dayah baca tym selak2 buku Akhirnya Kutemui Cinta-Mu ne, terus Dayah tertarik sebabnya dalam buku ne terdapat kisah2 orang yang terkenal seperti Mike Tyson, dll tentang bagaimana mereka memperoleh Hidayah untuk memeluk Islam. Menarik kan? Haaa.. Dayah nak baca pasne! 

Okay, setakat tu je! Assalamualaikum. :)

Keinginan yang melampau... yumm2~

Memandangkan elaun telah pun keluar, jadi, kami berlima telah bersepakat untuk membeli BIG APPLE.. yummy~! Lama dah nak makan ne.. Tambahan pula, kat Sarawak xde BIG APPLE. Ap lagi, hari khamis yang lepas, kirim je kat kawan sbb dorg mmg nak pg Mid utk beli barang. Jadi, belilah 12 biji utk 5 orang makan. HAHA~


Paaaliinggg sedaapppp!

Thursday, February 2, 2012

Persembahan Teater Pernikahan Perak


Assalamualaikum. :)



Pernikahan Perak? Apa tu? Pernikahan masyarakat negeri Perak ke? Bukanlah... Teater ni berkenaan kisah rumah tangga sepasang suami isteri yang sudah 25 tahun berkahwin. (25 tahun = jubli perak, sebab tu nama teater ni Pernikahan Perak) Sangat menarik jalan ceritanya dengan hanya dilakonkan oleh 2 orang pelakon sahaja serta prop yang begitu 'simple'. Yang penting, ada 'pot' yang berwarna perak dalam pementasan teater tersebut yang mempunyai lambang-lambangnya yang tersendiri. Teater ini dilakonkan oleh du aorang pelakon yang dibawa dari seberang, iaitu Indonesia. Pelakon-pelakonnya terdiri daripada saudari Nani Ranisah (isteri) dan Din Nuun Wahyudin (suami). Pada pendapat Dayah, teater ni sangat unik sebabnya, ni la kali pertama Dayah menonton teater yang hanya dilakonkan oleh hanya dua orang pelakon sahaja. Tambah lagi, masa persembahan juga agak singkat. Menariknya di sini, teater ini dipersembahkan dalam bahasa Indonesia. Pengarah bagi teater ini, En. Roslan Madun berkata, beliau tidak mahu mengubah sebarang skrip teater tersebut bagi mengekalkan keaslian jalan cerita dan kesesuaiannya. Untuk pengetahuan anda semua, teater Pernikahan Perak ini telah diadaptasi daripada naskah Silver Wedding karya John Bown. Nak tahu sinopsis cerita ni? Meh Dayah ceritakan:


Perayaan Perak terasa wajib untuk dirayakan, bahkan seorang isteri yang sudah menyiapakn diri rela menunggu suaminya berjam-jam. di ahampir tidak percaya bahawa suaminya tidak pulang tepat pada waktunya, demi perayaan yang telah dijanjikan. Perselisihan faham mula terjadi. Si isteri mula mengungkapkan kekesalannya dan cuba menanyakan perihal kenapa suaminya pulang lewat. Si suami cuba memberikan pengertian. Namun, perselisihan faham yang berlaku semakin teruk sehingga masing-masing membuka 'aib' satu sama lain yang tidak sepatutnya diungkit. Namun begitu, akhirnya kedua-dua suami dan isteri tersebut kembali berbaik semula.




Dayah kagum betul tengok dorang berlakon terutama sekali pelakon wanitanya. Mimik muka memang terkesan dan jelas kelihatan. Tidak kurangnya juga pelakon lelakinya. Terbaikk~!

p/s: Syok jugak dapat jumpa dan tengok En. Zaidi Omar secara 'live'.   ^^