Sunday, October 28, 2012

4 - 1 = 3

Assalamualaikum..
Fuhh.. akhirnya, selesai gak paper Pergerakan Asas tadi. Walaupun dah selesai, tapi rasa risau tu masih ada. Seriously, tersangat risau. Entah kenapa.. Jawab pun entah laaa... Rasa macam nak menjerit puas2 taukk..=.= Macam nak nangis pun ada. Grrrr! Kenapa paper 1st mesti selalu jadi macam ni? Perlu warming up jgak ka mw exam? Haisshhh... Selalu macam ni. And me, always being over worried on something. Aigoo.. Teruknyaaaaaaaa... dan sekarang pun masih risau jugak ne.. Ok, untuk itu, aku perlu gelak sepuas-puasnya. Caranya ialah tgk Running Man. Nasib baek  stock Running Man tak habis tengok lagi. Phewww~~ Bila tengok rancangan lawak2, dapat gak gelak n release tension.. Hufftthh! Semoga dapat jawab dengan lebih baik untuk paper2 seterusnya.. Amin. Kbai. :(

Saturday, October 27, 2012

Sabar dan senyum :)

Kenali seseorang itu terlebih dahulu. Itu mungkin caranya. Setiap orang punya cara yang berbeza. Kenali dan fahami. Sabar, itu semua ujian. Hidup ni penuh dengan ujian untuk memanusiakan kita yang memang sedia ada manusia yang tak lengkap selagi tiadanya ujian. Yeahh.. Exam! :)

Thursday, October 25, 2012

Exam datang kembali!

Assalamualaikum..
Oh ya.. Sekarang musim exam. Kami exam Isnin ni 29hb, Jumaat, Sabtu, dan Ahad. Wow.. Sabtu dan Ahad ada exam kan? hehe.. Special gituu.. Ok, taknak cakap banyak.. Amek doodle bawah ne utk kawan2 yang bakal menduduki exam.! Gudluck!


Monday, October 22, 2012

urg mpuan

sebenarnya..... urg mpuan tk ssh mk diphm

sebenarnya.... urg mpuan tk byk mk d pdh dknya an urg ya tp ny diam jk.

sebenarnya.... mun urg mpuan tk diam tauk2 jk lha knk.

sebenarnya.... urg mpuan tk mk urg ya slalu jk da an daknya.

sebenarnya.... urg mpuan tk bknny daknya xmk jd urg 1st nk sent msg k start a conversation tp dakny xmk ngaco urg ya nintauk urg ya bz nk.

sebenarnya.... urg mpuan ya mulut jk mdh ok tp ati sik.

sebenarnya.... urg mpuan tk mulut jk bisin tp lm ati syg.

sebenarnya....


Saturday, October 20, 2012

Pada suatu hari, si I sedang melayari Youtube. Tiba-tiba, sewaktu Youtube sedang lancar berjalan tanpa sebarang buffering, si I hairan. Ke mana perginya bunyi suara si penyanyi di Youtube ini? Klik bahagian vol control.. Ok, full. 
Klik control panel, cek bahagian vol and audio.. Semua okey.. 
"Apa masalah ni?" Soalan yang sedang bermain di fikiran si I. Restart laptop. Still laptop tu bisu. 
Cari alternatif lain, buka youtube, klik search ttg problem yang berkaitan. Jumpa video tersebut. Malangnya, video tersebut mempunyai suara. Xdpt nk dgr sebab laptop bisu.
Jadi, si I pun hampa. Tapi usaha mencari masih diteruskan, cari lagi, cari. Sampai jumpa. Tapi masih tak berhasil. Restart laptop. Masih sama. =...= Search google. Try and error.. Masih sama. 
Okey, finally shut down. On balik, masih sama. =..= 
Si dia call... Ok, angkat call. Sembang2.. si dia dengar jak semua ayat tensen yang keluar.. (thank u sebab sanggup dengar) Dia yang di hujung talian cakap "Jangan tensen2..." Terus, senyuman mula terbit. hihihi :) Walaupun tensen bak hang, bila dia ada tensen tu kurang sebab sy dh transfer kat dia. :)
Okey, sambung balik.. try lagi search kat google.. masih x give up.. finally, jumpa jalan penyelesaian.. punya la senang nak settle kan... =..= 
moral of the story, si I ne cepat sangat gelabah. sebab tu benda yang senang depan mata pun xboleh nak settlekan. nasibla yonggg~ huhuhuuu *malu*

okey,, itu sejaaa.. :P

Friday, October 19, 2012

Kosong

Assalamualaikum... harini baru selesai perform gamelan sempena Anugerah Citra IPG KBM.. Dalam perjalanan balik tu.. seriously, rasa sunyi sangat.. KOSONG.. Mcm tu jugak ap yang sy rasa bila dia takda di IB. KOSONG.. Dapat rasa something missing. Memangla kejap jak pun dia pergi sana. Tapiii.. entah kenapa rasa KOSONG. :( I wish you was here today.. For the last few weeks we r here before the  semester break. :( IMY..

Thursday, October 18, 2012

Thank You Pakcik :)

Bumi KL dihujani oleh hujan yang xhenti2 turun dari tadi. Alhamdulillah. rezeki tu.. :)
Oh ya.. tadi pergi tengok teater Di Mana Enggangwala. Teater yang best. Suka watak Enggangwala dan Pak Nyet dia.. Tupai pun boleh tahan. Yang paling best, lagu dia la.. Ala2 muzik korea sikit. Kumpulan apa tuh? 2NE1? hehehe.. Okey, esok teater akhir bagi sem ni...

Btw.. thank u sebab pergi tengok teater walaupun pergi sorang2.. thank u sebab tlg jaga tempat duduk. and thank u coz always be there with me. Manfaatkan masa yer?? Ohhoooo.... Tadi kena hujan.. hope that he'll be fine.. :) ILYSM ASF :)

Wednesday, October 17, 2012

ILY

It feels nice when he turn back to normal. Yeah.. I miss that kind of him. Welcome back dear~ Do not worry, I'll always be there for u evendo I do annoyed u. But~!! The most important thing is that I love u sooooo much and it will never change. InsyaAllah. Hoho.. Saja nak taip sebab sy tgh terfikirkan pacik comel itu.. :P imysm pacik..

DINNER KAMI :)

Assalamualaikum.. Morning ~!
Fuhh.. baru selesai menyiapkan kerja-kerja untuk pameran harini. EHhh.. ada lagi. masih bersisa sikitttt jak lagi.. Haha.. Oh ya.. waktu tengah carik2 gambar untuk pameran, tetiba terjumpa gambar ne dan aq rasa gambar ne sweet~ sebab ad aq.. hahaha.. well.. okey, ne gambar dinner haritu. xda masa nk upload sbb line gelong and bz.. (bz la sgt) 
okey, tgk yang ne je dlu ek.. 


ENTRIUNTUKASF

It must be a very tiring day for him. Tambah lagi dengan dia yang tak berapa nak sihat. Fuhhhh.. Siann.. Banyak yang dia lalui yang tak semua orang tahu. Grrr~! Jangan buli dia~! Men jejaohhhh! Sian pacik saya kena buli. HOHO. Okey, masa pun berlalu dengan pantasnya.. So, sabar, sikit saja lagi, lepas tu cuti.. :)
Jangan fikir lagi apa yang ada kat sini. Lupakan, pegi men dota ngn adik n so on on on.. :)
Oh.. tadi lect sy cakap.. "BEFORE U R GETTING MARRIED, U NEED TO LEARN HOW TO BECOME A HUSBAAAANNNNNNNNND" ada penekanan pada perkataan "...BAND" tu.. Betul cakap lect tu.. Ilmu tentang how to be a husbannnnnnnnnnndd perlu didalami terlebih dahulu n so do for a woman. =;= apa ne? xda kaitan.. hoihh.. okbai.

*Gudluck mlm ne.. duduk kat atas elok2.. ILYSM ASF.

Monday, October 15, 2012

Layan palak

Morning Blog~!
Yahhh.. alu sik tdoe ku eh. Ne ndak keja mala layan palak jak. Huh.. Lamak sik nengar lagu dak The Killers, 30 Second to the mars, linkin park, muse, evanescence suma.. Pa gik.. Time palak hang tok la bagus k layan lagu cm tok. lagu hea banging tek bha. yahh..gk ngat dlok lect ku nanyak, mun ku stress, pa d polah ku, alu ku pdh, nengar lagu rancak. yala suma miak kelas ngn lect pelik sebab owg mun stress mk layan palak ngn lagu soft2 aq tk tek nk lain n pelik. hahaha. Okey, lets rock the mornite! weee~ partying in the head! hoyeahhhH~!!!!
okbai.

Entah

Hai blog. Sorry ganggu masa tidurmu ye blog. Sorry. :'( I need someone to talk to. Someone who will only listen and do comfort me. Sleepy? It doesn't cross my mind right now. Never. Our mind and heart works well together. When one have problem, it effect the other one.

*Glow in the dark stick aq pun hampir malap. T___T

Nothing can change it. * Trust me

Macam saya dah jadi orang jahat jk tadi, sorry.. Kadang-kadang, untuk terima sesuatu, kita perlukan masa. And I am done with those thinking2. Dh lupakan. Malass. Biasala. Saya kan pemalas. Nahh. For you. Ni jak yang saya tau buat. Amekkk~~ :P


p/s: Saranghae ahjussi nim :)


Saturday, October 13, 2012

Cuti Yang Bakal Menjelma *Hoyeahh

Assalamualaikum..
Fuhh.. Mcm lama dh tak update blog.. Update ni pun sebab dapat ilham dari dia.. :p
Okay, back to my entry above.. Tak lama lagi cuti. Dalam tiga minggu lagi? WoW~! Bestt.. Saat yang aku nanti2 kan.. Aku rindu dengan kawan-kawan lama aku. Kawan-kawan yang sporting, yang selalu bagi semangat kat aku, yang selalu support apa je yang aku buat. Aku rindu.. :( Nak carik kawan macam mereka, memang susah. Sebab tu orang cakap, kawan zaman sekolah ialah kawan yang the best. Susah dicari.. Kalaulah mereka ada kat sini. I'am the 1st one to have a blast of joy.. Tak sabar nak balik, nak cerita semua kat mereka. I miss u kaban.. :'(


Monday, October 8, 2012

entriKOSONG

Assalamualaikum..
.... ...... ...... ...... ... .... ..... ..... ..... .... ....... .... ...... ..... like seriously. kali ni terasa macam nk post entri tapi xtau nk tulis apa. xterungkap pun.. xtau nak tulis macam mana.. kalau ada pun, baca la apa yang titik2 tu maksudkan. okbai.. tu jak. :)
layan lagu jason mraz. thank u 4 bringing me to somewhere else :) oh lupa.. btw.. terima kasih bagi yang mendoakan aq supaya kurus sebab harini aq berjaya kawal diri daripada makan nasi dan yang seangkatan dengannya. Dari pagi just makan sosej 2 ketul dan entah apa benda tu. Ohyeah! Harap esok pun berjaya juga :)
Kbai.

Sunday, October 7, 2012

UNTUK KAMU ASF

Assalamualaikum..
Wow~! Cun2 jam menunjukkan 3 pagi, dan aq baru siap print laporan BIG.. Walaupun ink hitam dia macam apa jak yang keluar pada kertas tu.. aq teruskan proses print sampai habis. Dah tu nk print kat mana lagi waktu2 mcm ni? Semua tengah khusyuk tdoe.. 
Okey, berbalik pada entri aq atas ne. UNTUK KAMU ASF.. yup, untuk kamu. sy tau kamu baca kan? So, sila senyum dahulu sebelum baca. Hilangkan kekusustan yang membelengu minda anda sekarang. Sorry, sy ckp perkara yang xpatut sy ckp kat kamu. Sorry sgt2.. Sy just nk bagitau jk pun tu.. Sorry.. Time sy tgh scroll2 down news feed thn sy jumpa page ne, ada satu gambar tulis perkataan ni 

"Apa adanya kamu sudah melengkapi saya" 

Perghh.. memang tepat on time kuar ayat macam tu.. Dan status sy tu sy tujukan pada kamu okey.. Hanya kamu. Stop worrying bout that. Dan ya, perjalanan kita masih panjang. Perkara mcm ni rasanya memang akan ada. Asalkan kita sama2 put trust on each other, insyaAllah, dalam masa 5 tahun, semua ni boleh kita harungi. (Perghh ayat buat aq muntah hijauuu) Tapi ap yg sy ckp tu, sy serious. Lagi satu, hidup ni, takkan selamanya kita gembira, kadang-kadang ada masanya kita sedih, sunyi, stress, marah, dsb. Jadi, jangan risau. Tu lah yang mencorakkan hidup kita. Macam pelangi jugak, pelangi kan banyak warna.. Ada berapa ntah, sy pun xngat. 

Kalau pelangi tu satu warna jak, mesti orang xdpt beza, tu pelangi ka awan.. atau kepulan asap? 

Naaa... Tu lah specialnya pelangi. Macam tu jugaklah sepcialnya hidup kita sebagai manusia ni. Yang paling penting, kepercayaan. Asas yang paling penting. Kalau xda kepercayaan, macam mana la kita nak berkawan dengan orang. Contoh, kita nak kwn ngn si A ni. Tapi, kita tak percaya kat dia. Apa yang berlaku? Fikir2 kanlah... Benda-benda lain tu tak penting. yang penting, apa yang ada pada diri kamu yang penting. Biarlah jauh pun, sy tak kisah. Jadi, don't worry, be happy. Sleep tight there. Jangan tidur dengan dahi yang berkerut. Senyum. Sebab senyum tu sedekah. Walaupun senyum sorang2.. At least, muscle2 bahagian muka ni excercise jugak kan?

ok tu jer.. hahhh.. banyak idea aq menulis pagi2 mcm ni kan? haha.. mencurah2 seperti coklat yang tumpah ke ladang gandum dan akhirnya menghasilkan COCOKRUNCH!!! ok, sebagai tambahan dan penutup kepada entri ni, aq nk mention yang aq sedang lapar tapi kena diet sebab nanti kalau balik mesti orang cakap aq gemuk. so, lepas baca, tolong doakan agar saya kurus dan saya n kamu tu berjaya menempuhi masa 5 tahun ini dengan jayanya! hoyeah... Amin :)

Gudnite :)

Friday, October 5, 2012

WeekendKembali

Assalamualaikum! Morning guys! Wheeww~ Awalnya aq bangun hari ni? Macam ada kuliah pula kan? Waktu kuliah takda plak aq nak bangun awal macam ni. Hehehe.. Yela.. Semalam tdoe awal, mana taknya bangun pun awal. Pukul 3 lebih dh terbangun dh. Pastu nak tak nak kena sambung balik tdoe. Oh ya.. bercakap tentang entri di atas. Hoyeahh.. harini hari Sabtu.. Masa untuk kita enjoy and so on. Tapi xyah nk enjoy sangat la. Kalau xboleh nk kuar, post jer entri di FB pastu tagged kan kat tempat yang kita nak pegi. Rasa macam ada kat sana kan? ~Foreveralone~ Siannnn.. Nasib ade c eton yang temankan hobi mengarut tu. Bila time free, ada plak la masalah yang menghalang untuk keluar. Haishh.. Nak balik umah makcik.. tapi segannn.. Ni la makannya kalau terlebih segan dan malu. Duduk la dalam bilik sorang2.. =..=
Sekarang baru 7.30.. Warghh! lama lagi nak malam, nak tunggu untuk tdoe yang panjang balik!! Masa, tolong berlalu dengan pantas. nak balik rumah. Pelissss... (mcm la kau boleh cepatkan masa kan?) Okbai. Btw, rindu eton and jemah. Love u gurls.. :)

Thursday, October 4, 2012

PostiveThinking

Assalamualaikum..
Yeah.. hari Jumaat datang lagi. Penghulu kepada segala hari, hari yang akan terjadinya hari kiamat. Salam Jumaat semua. :)
Harini.. Waktu duduk sorang2.. Aq terfikir.. Kenapa jadi macam ni, macam ni dan macam ni. Hidup kat negeri orang ni bukan senang. Banyak yang perlu diharungi. Tambah2 lagi jauh dengan keluarga. Dulu, kalau ada masalah, keluarga boleh tolong. Sekarang, ada masalah.. Nak minx tolong kat mak n abah pun dh rasa mcm segan sangat. Rasa bersalah. Kadang2 aq jeles tgk orang yang ada abang n ada kakak. Aq pun nak jugak jadi mcm tu. Kalau ada masalah boleh minx tlg dorang.. Tak payah nk susahkn mak n abah. Fuhhh..
Tapi sekarang, aq lah yang kena tolong diri aq sendiri. Susah ke senang ke, aq kena tolong diri sendiri. Kalau bukan aq, sapa lagi nak tolong kan? lagipun, kakak2 n abang2 tu jugak, dorang pun kena tolong diri mereka sendiri pada mulanya especially anak sulung kan? Lagipun, Allah takkan uji manusia itu melebihi kemampuan mereka. Allah uji tu sebab Allah tahu kita pasti boleh mengharungi ujian yang diberi. Ohyeahh! Aq mesti boleh! :) Kepada anda, anda semua.. All the best dalam menempuhi ujian hidup. Jangan mudah putus asa. Jangan putus harapan. Jangan cari jalan mudah. Jangan, jangan, jangan okey?? (tetiba rindu ngn Daniel yang selalu cakap jangan).. :)
Okbai.. Cukup untuk masa sekarang. Petang nanti ada match bola tampar. Untungla.. aq boleh tengok dia. Bhahahaha.. :P

EntriMenyiapkanAssignment

Sementara tengah tunggu gambar tu mendonlod dengan sendirinya, aq nak borak2 ngn blog ni la. Bosan. Xda orang nak dengan aq bercerita, bercakap nih. Mana tak nya, sekarang dah pukul 3 pagi. =..= Btw, aq nak gtau.. esok pagi ada amali bola tampar lagi. Hoh? Bukan minggu lepas dah amali? Tu lah masalahnya sekarang. Kenapa ada amali lagi sekali? WHY??? Penat dah nak jadi nervous. Penat, penat dan dah terlebih penat. Dengan semua-semua ni. Kerja-kerja ni buat aq jadi macam orang yang dah demam cinta. Sampai time makan, mandi, sebelum tidur, jalan-jalan, mesti ingat dengan kerja. Kerja, kerja, kerja.. selalu ada dalam otak ni. Banyak sangat.. Grrrrr.. Cepatlah masa berlalu.. Nak balik... Nak rehat2..

Berbalik kepada entri aq yang sebelum ni. Huhuee.. Sorry kalau ada yang terasa. Haha. Sapa suruh pakai word tu.. Pelisssss lah.. tak kawin lagi okey? Jangan nak ngengada guna title cmtu. Tambah2 lagi korang masih kecik. Aigoooo.. And satu lagi. tolong jangan nak pelat sangat boleh? Nak cikgu ajar macam mana nak tulis dengan betul? Or nak cikgu ajar kamu cara sebutan yang betul? Almaklum lah... Sem ni amek cos LB. hahh.. Meh.. Cikgu ada aktiviti pemintal lidah untuk betulkan lidah korang yang terbelit, or sengaja dibelitkan untuk buat korang nampak comel bila tulis ayat macam tu(tangan di bahu mata ke atas). Orang yang baca tu pun sampai berbelit2 lidah nak baca. Aq xbaca, tapi terbaca sebab selalu muncul dalam news feed aq. =..=
Contoh perkataan :

kamek=tamek
apa=apha
lelah=lewlah

ohmybahasaSARAWAK. tolong la, tulis kacak2 kit perkataan ya bha.. susah ku mk bca nya deng oi....
tok suma pasal ku rajin gilak bc news feed, scroll down smpe ke dbah.. baca status org. yah.. salah ku juak.. haha.. tapi gney mok molah nak mun dh xda keja.. ya jak lah kerja aq koh... haha.. okbai. sorry mun terasa. buang yang keruh ambil yang jernih aokkkkk..

Advice: Untuk saya dan untuk anda, anda semua

Assalamualaikum..
Okey.. harini sangat best, sebab ada kawan yang sangat2 memahami. Kawan yang ada waktu aq susah, ada waktu aq senang. Makaseh sebab menceriakan hari2 aq.. Thank u for today kawan. Thank u sebab faham aq, n jadi kawan aq. Biarla kita nampak ganas dan macam samseng di mata orang, sebab, kita2 je yang tahu macam mana kita yang sebenarnya. Kannn? Budak2 gugurls PISMP 2E memang semuanya ganass.. Haha. Kau adoo? Penat makan2 sampai dh tak larat nak balik.. Amekkau... Dengan kisah si pakcik pemandu teksi  tadi.. :P

Hohh.. berbalik kepada tajuk entri aq.. aq nak bagi nasihat sikit. Ni berdasarkan pada apa yang aq observe dalam FB. well.. FB tu kan ibarat news paper kita... :) Setiap hari aq scroll up and down news feed tu untuk baca berita. Nasihat aq.. Kalau ye pun korang nak bercintan-cintun, biarlah bila korang dh bersedia. jangan nak bercinta sebab korang rasa korang lonely, pastu korang sapu je sapa yang ada depan mata. Sangat2 tak baik dan aq tak suka itu.Please la.. Matured sikit pemikiran tu. Ingat best ke main dengan perasaan orang ni? Macam korang guna baju, lepas tu bila dah baju tu korang rasa korang tak berminat lagi nak guna, korang terus tukar, buang macam tu je? Pergh.. terbaek la..

Kalau korang nak carik seseorang just sebab kau lonely, bukan sebab hati, baek tak payah okey. Daripada ko carik orang, baik ko carik satu hobi yang boleh isi masa lapang kau  dengan perkara yang berfaedah dan tak buat orang sakit hati dengan perangai kau. Tolongla.. kalau ye pun korang lonely, fikir dulu baik2.. Jangan bermain dengan perasaan orang dan anak orang okeys????

Nilai seseorang tu berdasarkan hati, jangan ikut nafsu. nafsu takkan bawak kau ke mana pun. Nafsu hanya akan menjerumuskan kau lebih dalam. Huishh.. penat aq nasihat. okey, untuk adik2 yang masih bersekolah tuu.. xpayah la nak papa mama sangat... Korang fokus dulu dengan stady,, xkemana pun papa mama tu.. Papa mama korang kat rumah tu lebih berharga okey. Okbai.

Tuesday, October 2, 2012

Berakhirnya kisah UAK!

Assalamualaikum..
Hai, harini hari yang paaaaaaling gembira. Sebabnya... UAK dah habis..! Setelah 3 malam tidur yang tak tetap akhirnya, harini tamat sudah kisah2 tersebut. Yeahhh! Ohhhoo.. Kegembiraan ini hanya untuk seketika, nanti datang lagi Final Exam, 29 Oktober ni. Fuhhh... Nasib baek sempat bernafas sikit. Adalah beberapa minggu free.. Lepas tu exam. Duhhh. =..=

Masa yang free ialah masa cuti hujung tahun. Yup.. Memang tak sabar nak cuti, nak rileks. Tapi.... Nanti kami makin jauh... :( Memangla negeri kami tu bersebelahan a.k.a berjiran. Tapi kalau nak pergi sana punn.. kena pakai flight bagai.. Ingat dekat?? -..- Dahtu.. 2 bulan lagi tuu. Punya la lama nak tunggu masuk tahun 2013. Tak tahu apa yang akan berlaku dalam masa 2 bulan. Redha je lah. Selagi kita jaga hati tu, insyaAllah xda apa yang berlaku. Dan ya, jarak benar2 menguji tahap kesetiaan seseorang. Fuhhhh..

Okbai..tu je.