Mesti ada di antara pembaca yang pernah beberapa kali menemui kekecewaan kerana telah bertemu dengan orang yang bukan ditakdirkan untuk dirinya. Janganlah bersedih sebab, Allah nak temukan kita dengan orang yang sebenar-benarnya, orang yang empunya kepada tulang rusuk kita. Allah juga nak kita belajar daripada pengalaman kita yang sebelum ni supaya kita mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruknya. Jadikan kisah sebelum ni sebagai iktibar untuk diri. Jangan la pula sampai nak bersedih, berkurung dalam bilik beberapa minggu, tak makan, tak mandi, tak nak ke sekolah. Jangan sampai nak bunuh diri pulak. Adehhh2~ Kalau nak selamat, baik xyah bercinta. Senang! :) - Semoga Dayah juga dijauhkan daripada perasaan sedang ingin bercinta- (:P :P)
Jadi, kalau dah bukan dia yang ditakdirkan untuk kita, harap bersabar lah ye. Insya-Allah, nanti jumpa jugak dengan Mr. Right kamu tu. "Kalau dah jodoh tak ke mana, " sebab semuanya dah ditentukan oleh Allah sejak di Luh Mahfuz lagi. :)
2 comments:
Cintailah Dia nescaya Dia akan menghadiahkan kepadamu orang yang juga mencintaiNya.
insya-Allah.. amin.. :)
Post a Comment