Assalamualaikum. :)
Pernikahan Perak? Apa tu? Pernikahan masyarakat negeri Perak ke? Bukanlah... Teater ni berkenaan kisah rumah tangga sepasang suami isteri yang sudah 25 tahun berkahwin. (25 tahun = jubli perak, sebab tu nama teater ni Pernikahan Perak) Sangat menarik jalan ceritanya dengan hanya dilakonkan oleh 2 orang pelakon sahaja serta prop yang begitu 'simple'. Yang penting, ada 'pot' yang berwarna perak dalam pementasan teater tersebut yang mempunyai lambang-lambangnya yang tersendiri. Teater ini dilakonkan oleh du aorang pelakon yang dibawa dari seberang, iaitu Indonesia. Pelakon-pelakonnya terdiri daripada saudari Nani Ranisah (isteri) dan Din Nuun Wahyudin (suami). Pada pendapat Dayah, teater ni sangat unik sebabnya, ni la kali pertama Dayah menonton teater yang hanya dilakonkan oleh hanya dua orang pelakon sahaja. Tambah lagi, masa persembahan juga agak singkat. Menariknya di sini, teater ini dipersembahkan dalam bahasa Indonesia. Pengarah bagi teater ini, En. Roslan Madun berkata, beliau tidak mahu mengubah sebarang skrip teater tersebut bagi mengekalkan keaslian jalan cerita dan kesesuaiannya. Untuk pengetahuan anda semua, teater Pernikahan Perak ini telah diadaptasi daripada naskah Silver Wedding karya John Bown. Nak tahu sinopsis cerita ni? Meh Dayah ceritakan:
Perayaan Perak terasa wajib untuk dirayakan, bahkan seorang isteri yang sudah menyiapakn diri rela menunggu suaminya berjam-jam. di ahampir tidak percaya bahawa suaminya tidak pulang tepat pada waktunya, demi perayaan yang telah dijanjikan. Perselisihan faham mula terjadi. Si isteri mula mengungkapkan kekesalannya dan cuba menanyakan perihal kenapa suaminya pulang lewat. Si suami cuba memberikan pengertian. Namun, perselisihan faham yang berlaku semakin teruk sehingga masing-masing membuka 'aib' satu sama lain yang tidak sepatutnya diungkit. Namun begitu, akhirnya kedua-dua suami dan isteri tersebut kembali berbaik semula.
Dayah kagum betul tengok dorang berlakon terutama sekali pelakon wanitanya. Mimik muka memang terkesan dan jelas kelihatan. Tidak kurangnya juga pelakon lelakinya. Terbaikk~!
p/s: Syok jugak dapat jumpa dan tengok En. Zaidi Omar secara 'live'. ^^
No comments:
Post a Comment