Tuesday, January 31, 2012

Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect!

Tym on9 kat Fb tadi, tetiba ad sorg kawan ne post something kat status dia.. Nice sgt2! Bacalah:



LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect!


PEREMPUAN : Ok, boleh je tade masalah. Couple ke?


LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?


PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?


LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.


PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.


LELAKI : Eh, kenapa?????


PEREMPUAN : Kerana tiga sebab


Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.


Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.


Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..


LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk.


PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Salam.


LELAKI : Wslm.















Betulkan cakap perempuan tu? Sape stuju, sila komen. :)
Kalau berkenan kat seseorang tu, xpayah la nak ajak couple2, sbb couple2 ne belum tentu lagi ke mana. Kalau dh break, buat sakit hati je kan2? Baik, terus jumpa parents, then, nyatakan hasrat di hati tu..
Conclusion: Fikir-fikirkanlah.. 

Gamelan

Hari ni, sy belajar main gamelan! Untuk kali yang pertamanya main gamelan tu..! Excited nak main! Sebab sebelum ni memang xprnah ambil bahagian atau terlibat dalam sebarang aktiviti muzik atau seni pun kat sekolah. (Dayah dulu pelajar yang pasif, selalu duduk senyap2 dalam kelas. Bila cikgu tanya baru la nk buka mulut. almaklum..dalam mulut ada emas..:P )

Dalam kumpulan tu, Dayah main alat bonang atau pun kenong.. tak ngat la..keliru..confuse sbb rupa hampir sama..Tambah2 lagi datang lambat tadi, jadi ketinggalan la part pengenalan alatan-alatan gamelan..Hehe..

Dayah ni memang jenis slow learner..Bukan jenis fast and furious learner, jadi kena amek masa juga lah nk kena ngat tempo dan note2 yang perlu diketuk. Nasib baik la, kakak2 senior yang ajar tu sanggup bersabar dengan kitorang, terutama sekali Dayah. :) Makaseh jugak kat za2 sebab bagi semangat dan tunjuk ajar tadi..siap cakap.."Dayah, hwaiting!" siap dengan gaya lagi tu.. Makaseh banyak2... InsyaAllah, Dayah akan berusaha dengan lebih gigiih lagi lepas ni. (<----'gigih' perkataan yang tak boleh blah)

Tapi xpa, bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Yahhh~ Dayah, HWAITING!


Nak tahu lebih lanjut tentang gamelan? Klik sini, dan sini :)

p/s: betulkan saya jika saya salah. :)

Monday, January 30, 2012

Akhirnya, tercapai juga hasrat nak beli mp3 sendiri :)

Yeay! Alhamdulillah~! Akhirnya, mp3 yg diidamkan bertahun-tahun dahulu berjaya gak sy miliki.. Hehe.. Comey~ Kaler hijau.. Pastu ear phone terpaksa carik lain sebab nk bunyi bass yang sodap didengar.. Cari-cari satu Digital Mall, akhirnya, jumpa gak yang paling comey n murah.. Hehehe.. Pink pun pink la.. Yang penting, dapat dengar lagu.







Okay, tu je.. Hee.. Assalamualaikum. :)

Kenapa saya mahu jadi cikgu?

Ramai kawan-kawan yang tanya, pensyarah juga ada bertanya, "Kenapa kamu mahu menjadi seorang guru"?


Dulu, kat kelas, saya dan kawan baik saya, pernah bercerita dan merancang tentang cita-cita kami pada suatu masa kelak. Yup. Memang, ni la topik hangat kami berdua..bukan bergosip okay? Berdiskusi gitu~ Hihi.. Saya pernah cakap dengan kawan saya, susah kalau jadi cikgu ni. Apatah lagi perangai murid-murid sekarang yang semakin maju seiring dengan kemajuan dunia sekarang. (Chewahh...ayat~) Mesti kita tension je tiap2 hari kalau perangai murid-murid tu seperti yang dibayangkan kan? Huuuu~ Boleh masuk tg. rambutan tu.. Bukan main2.. Hehehe... Pastu tambah lagi, kena masuk ke pedalaman.. uuuu~~ seramkan? ngeri tak? hehehe.. memang kami dua takut memikirkan perkara ni.. Susah2.. Apatah lagi , waktu kat skolah kan selalu je xdgar ckp cikgu (biasalah tu...sebaik-baik manusia pun ada juga kesilapannya)" Maaf cikgu... " 
Ada pepatah yang mengatakan "what goes around comes around".. Tu la yang kami berdua takutkan , sebabnya kami dh buat macam tu kat cikgu kami, semestinya, murid2 kami nanti juga akan melakukan perkara sebegitu.. Hmm..






Tapi...sekarang...
Hampir tiga tahun berlalu..


Dan saya di mana? Di IPG Kampus Bahasa Melayu.. Jadi cikgu ke? Ye saya! Saya nak jadi cikgu!
Pelikkan, kenapa boleh berubah fikiran? Tapi, memang sejak dari kecil lagi suka main pondok2 dgn adik2...Peranan saya? semestinya guru! Suka menyemak latihan yang disediakan oleh diri sendiri dan kemudiannya diberikan kepada adik2. Hehe.. (perasan) Bila dah masuk sekolah rendah dan sekolah menengah, minat tu makin kurang. Tapi,sekarang??? Wahhh.. jadi berminat semula. Kenapa? Sebabnya, bila tengok adik-adik sendiri kat rumah tu yang tengah belajar, macam teringinnnnnnnnn sangat nak ajar mereka. Tapi, ilmu yang ada tu sikit la pulak.. Nanti, akhirnya ajaran sesat yang diberikan. Tambahan pula, sekarang ni, golongan yang tinggal di pedalam mcm dh ketinggalan jauh di belakang dari segi pendidikan. Haaaa,,, ni la yang perlu ditingkatkan.. (walaupun takut sebenarnya kalau2 dapat pedalaman, tapi, kalau dah ditakdirkan begitu, saya redha je la sbb memang dh tugas saya, dan saya dah sign perjanjiannn--jangan dilupa perjanjian tu---)


Apa-apapun, InsyaAllah, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk jadi seorang guru yang berjaya dalam mendidik anak bangsa, saya pun nak jadi arkitek bangsa yang mampu melakar dan akhirnya mampu menghasilkan satu rekaan bangunan(anak bangsa) yang cukup gah, kukuh, dan mampu bersaing di mata dunia, dan juga...tambah lagi satu! Apa? .........  will be continued~


Dayah, hwaiting! Jangan sekadar menanam tebu di tepi bibir sahaja. InsyaAllah, luruskan niat, pasti berjaya. Amin. :) Untuk pakcik teksi, jangan risau, kami akan elakkan perkara yang pakcik takutkan tu. :)

Wednesday, January 25, 2012

Such a talented person :)

Assalamualaikum..
Hi, guys!

I just know about this talented person just after log in my facebook account. Who is it? It's Sungha Jung! I know that i had left behind the others about this person. Nevermind, just go on with our topic. :)

Sungha Jung was born in September 2, 1996 at Korea. Want to see his video? Click here. Want to go to his site? Click here.

Sunday, January 22, 2012

Korean Pop? What is it about?

Assalamualaikum and Salam Sejahtera.


Some people have a wrong thought on Korean music. They said, "It is just a waste to listen to those music, what for to listen to those music?" Those are some of the others thought about Korean music. They does not realize, there is something that we can learn from listening to this music. In fact, we might learn the others language automatically. See? It benefit us right? Just listen to this music, we might remember a few words and those words would always playing in our head and thus, we automatically learns Korean language. So, it is worthy to listen to other language's song. It can be said that we are killing two birds with one stone. Just have a try first and do not make a zero assumption. smile Below are some of the Korean word that can be easily remember(just for share):


1. wae = why

2. saengil chukhahamnida = happy birthday

3. han, du, se = one, two, three


It is same to those who have a difficulty on learning English. Just by listening to English song, we can improve our vocabulary. 



p/s: correct me if i'm wrong. :)

Friday, January 20, 2012

DaripadaNya kita datang, KepadaNya kita kembali.

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Izwan Pilus atas kembalinya Allahyarham ke rahmatullah pada petang semalam. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Izwan Pilus.

Sunday, January 8, 2012

Selamat Kembali dan Selamat Melangkah Ke Alam PISMP.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga melangkah ke alam PISMP. Kursus persediaan telah pun tamat walaupun pointer masih belum diketahui. Sekarang, bukan lagi PPISMP tapi PISMP 1E. Tak sangka perjalanan untuk menjadi guru ni tinggal 4 tahun je lagi sebelum kita benar-benar menjadi guru. Harapnya, tiada persaingan antara guru lepasan IPG dan lepasan IPTA yang lain pada 4 tahun yang akan datang. Apa-apapun, semoga berjaya kepada abang dan kakak senior yang telah tamat pengajian. Semoga berjumpa lagi dikemudian hari jika dtakdirkan umur yang panjang. Memandangkan sekarang dah masuk tahun baharu, mestilah azamnya pun baharu jugak. Macam yang saya conteng pada dinding muka buku saya, "I will make it real. A promise to myself." Saya akan realisasikan azam tahun baharu saya. InsyaAllah, kuatkan iman, kuatkan hati, teguhkan iman, pasti akan berhasil dikemudiannya. :)

Sinar itu pasti ada walau malam menjelma. Ingatlah, selagi kita berusaha, kejayaan pasti dalam genggaman.