Sunday, February 5, 2012

Allah temukan kita dengan orang yang salah untuk berjumpa dengan orang yang betul pada akhirnya. :)

Mesti ada di antara pembaca yang pernah beberapa kali menemui kekecewaan kerana telah bertemu dengan orang yang bukan ditakdirkan untuk dirinya. Janganlah bersedih sebab, Allah nak temukan kita dengan orang yang sebenar-benarnya, orang yang empunya kepada tulang rusuk kita. Allah juga nak kita belajar daripada pengalaman kita yang sebelum ni supaya kita mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruknya. Jadikan kisah sebelum ni sebagai iktibar untuk diri. Jangan la pula sampai nak bersedih, berkurung dalam bilik beberapa minggu, tak makan, tak mandi, tak nak ke sekolah. Jangan sampai nak bunuh diri pulak. Adehhh2~ Kalau nak selamat, baik xyah bercinta. Senang! :) - Semoga Dayah juga dijauhkan daripada perasaan sedang ingin bercinta- (:P :P)

 Jadi, kalau dah bukan dia yang ditakdirkan untuk kita, harap bersabar lah ye. Insya-Allah, nanti jumpa jugak dengan Mr. Right kamu tu. "Kalau dah jodoh tak ke mana, " sebab semuanya dah ditentukan oleh Allah sejak di Luh Mahfuz lagi. :)

Even it is hurt.

It's 2.00 am now and I can't go to sleep because a double cheese burger 'bus' was on their way to my intestine. While eating, I keep on thinking, should or not I eat this at this kind of time. (afraid of gaining weight actually). And at the end, I came up with this thought:

Why does people keep on mentioning a person about his/her fattiness? Did they do anything bad to you? Why don't you give them some motivation so that they can improve their own health and lose weight either than keep on saying 'err..you are too heavy, i can't hold you.' You would make one hurt even you are seeing them smiling when you saying those word to them. Did you ever experience it? If you does, then you know how does it feel. It feel GREAT right?

Did you know, by giving them a few words of motivation could burn up their spirit to change themselve. So, do not let them down, give them support. :)

Saturday, February 4, 2012

Pororo my sweet pie :)


Comel kan? Ni lah dia Pororo! Kartun yang terkenal di Korea. Dayah mula kenal Pororo waktu tengok cerita Running Man. Terima kasih sebab kenalkan Dayah dgn Pororo.
Comel.. Kalaulah kat Malaysia ada jual patung ne, memang Dayah beli. X mampu beli patung, key chain pun jadi la. Ada sape2 pernah tengok kat mana-mana kedai di Malaysia yang ada jual Pororo? 
Komen kat bawah ye. :)

Salam Maulidur Rasul :)

Assalamualaikum..

Salam Maulidur Rasul buat semua..

^_^

Pesta Buku :)

Hari ni, awal2 pagi, pukul 9 dah kuar semata-mata nak pegi Pesta Buku yang bertempat di PWTC. Sebab utama nak pegi sana: nak beli Kamus Dewan. Okay, fine! KAMUS DEWAN. Lepas buat satu pusingan dalam tapak pesta buku tu, apa yang Dayah dapat? Hehehe.. Bukannya beli Kamus Dewan, benda lain pulak yang dibeli.. Ish3... Bukan apa, ingatkan kamus dewan kat situ murah sbb hari tu tgk promotion kat Popular, harga kamu dewan dalam RM40++ kalo xsalah. Tapi, tadi, kat sana RM53.. Jadi, cancel beli.. Tunggu musim buka sekolah nnti, mesti ada diskaun lagi kat Popular tym tu Dayah nak pegi beli kat sana. Pasti! Haaa.. tau x, ap yang Dayah beli kat Pesta Buku tu? Tadaaaaaaaaa.....!

Akhirnya Kutemui Cinta-Mu dan badge Ana Muslim :)





First sekali Dayah baca tym selak2 buku Akhirnya Kutemui Cinta-Mu ne, terus Dayah tertarik sebabnya dalam buku ne terdapat kisah2 orang yang terkenal seperti Mike Tyson, dll tentang bagaimana mereka memperoleh Hidayah untuk memeluk Islam. Menarik kan? Haaa.. Dayah nak baca pasne! 

Okay, setakat tu je! Assalamualaikum. :)

Keinginan yang melampau... yumm2~

Memandangkan elaun telah pun keluar, jadi, kami berlima telah bersepakat untuk membeli BIG APPLE.. yummy~! Lama dah nak makan ne.. Tambahan pula, kat Sarawak xde BIG APPLE. Ap lagi, hari khamis yang lepas, kirim je kat kawan sbb dorg mmg nak pg Mid utk beli barang. Jadi, belilah 12 biji utk 5 orang makan. HAHA~


Paaaliinggg sedaapppp!

Thursday, February 2, 2012

Persembahan Teater Pernikahan Perak


Assalamualaikum. :)



Pernikahan Perak? Apa tu? Pernikahan masyarakat negeri Perak ke? Bukanlah... Teater ni berkenaan kisah rumah tangga sepasang suami isteri yang sudah 25 tahun berkahwin. (25 tahun = jubli perak, sebab tu nama teater ni Pernikahan Perak) Sangat menarik jalan ceritanya dengan hanya dilakonkan oleh 2 orang pelakon sahaja serta prop yang begitu 'simple'. Yang penting, ada 'pot' yang berwarna perak dalam pementasan teater tersebut yang mempunyai lambang-lambangnya yang tersendiri. Teater ini dilakonkan oleh du aorang pelakon yang dibawa dari seberang, iaitu Indonesia. Pelakon-pelakonnya terdiri daripada saudari Nani Ranisah (isteri) dan Din Nuun Wahyudin (suami). Pada pendapat Dayah, teater ni sangat unik sebabnya, ni la kali pertama Dayah menonton teater yang hanya dilakonkan oleh hanya dua orang pelakon sahaja. Tambah lagi, masa persembahan juga agak singkat. Menariknya di sini, teater ini dipersembahkan dalam bahasa Indonesia. Pengarah bagi teater ini, En. Roslan Madun berkata, beliau tidak mahu mengubah sebarang skrip teater tersebut bagi mengekalkan keaslian jalan cerita dan kesesuaiannya. Untuk pengetahuan anda semua, teater Pernikahan Perak ini telah diadaptasi daripada naskah Silver Wedding karya John Bown. Nak tahu sinopsis cerita ni? Meh Dayah ceritakan:


Perayaan Perak terasa wajib untuk dirayakan, bahkan seorang isteri yang sudah menyiapakn diri rela menunggu suaminya berjam-jam. di ahampir tidak percaya bahawa suaminya tidak pulang tepat pada waktunya, demi perayaan yang telah dijanjikan. Perselisihan faham mula terjadi. Si isteri mula mengungkapkan kekesalannya dan cuba menanyakan perihal kenapa suaminya pulang lewat. Si suami cuba memberikan pengertian. Namun, perselisihan faham yang berlaku semakin teruk sehingga masing-masing membuka 'aib' satu sama lain yang tidak sepatutnya diungkit. Namun begitu, akhirnya kedua-dua suami dan isteri tersebut kembali berbaik semula.




Dayah kagum betul tengok dorang berlakon terutama sekali pelakon wanitanya. Mimik muka memang terkesan dan jelas kelihatan. Tidak kurangnya juga pelakon lelakinya. Terbaikk~!

p/s: Syok jugak dapat jumpa dan tengok En. Zaidi Omar secara 'live'.   ^^