Saturday, February 4, 2012

Pororo my sweet pie :)


Comel kan? Ni lah dia Pororo! Kartun yang terkenal di Korea. Dayah mula kenal Pororo waktu tengok cerita Running Man. Terima kasih sebab kenalkan Dayah dgn Pororo.
Comel.. Kalaulah kat Malaysia ada jual patung ne, memang Dayah beli. X mampu beli patung, key chain pun jadi la. Ada sape2 pernah tengok kat mana-mana kedai di Malaysia yang ada jual Pororo? 
Komen kat bawah ye. :)

Salam Maulidur Rasul :)

Assalamualaikum..

Salam Maulidur Rasul buat semua..

^_^

Pesta Buku :)

Hari ni, awal2 pagi, pukul 9 dah kuar semata-mata nak pegi Pesta Buku yang bertempat di PWTC. Sebab utama nak pegi sana: nak beli Kamus Dewan. Okay, fine! KAMUS DEWAN. Lepas buat satu pusingan dalam tapak pesta buku tu, apa yang Dayah dapat? Hehehe.. Bukannya beli Kamus Dewan, benda lain pulak yang dibeli.. Ish3... Bukan apa, ingatkan kamus dewan kat situ murah sbb hari tu tgk promotion kat Popular, harga kamu dewan dalam RM40++ kalo xsalah. Tapi, tadi, kat sana RM53.. Jadi, cancel beli.. Tunggu musim buka sekolah nnti, mesti ada diskaun lagi kat Popular tym tu Dayah nak pegi beli kat sana. Pasti! Haaa.. tau x, ap yang Dayah beli kat Pesta Buku tu? Tadaaaaaaaaa.....!

Akhirnya Kutemui Cinta-Mu dan badge Ana Muslim :)





First sekali Dayah baca tym selak2 buku Akhirnya Kutemui Cinta-Mu ne, terus Dayah tertarik sebabnya dalam buku ne terdapat kisah2 orang yang terkenal seperti Mike Tyson, dll tentang bagaimana mereka memperoleh Hidayah untuk memeluk Islam. Menarik kan? Haaa.. Dayah nak baca pasne! 

Okay, setakat tu je! Assalamualaikum. :)

Keinginan yang melampau... yumm2~

Memandangkan elaun telah pun keluar, jadi, kami berlima telah bersepakat untuk membeli BIG APPLE.. yummy~! Lama dah nak makan ne.. Tambahan pula, kat Sarawak xde BIG APPLE. Ap lagi, hari khamis yang lepas, kirim je kat kawan sbb dorg mmg nak pg Mid utk beli barang. Jadi, belilah 12 biji utk 5 orang makan. HAHA~


Paaaliinggg sedaapppp!

Thursday, February 2, 2012

Persembahan Teater Pernikahan Perak


Assalamualaikum. :)



Pernikahan Perak? Apa tu? Pernikahan masyarakat negeri Perak ke? Bukanlah... Teater ni berkenaan kisah rumah tangga sepasang suami isteri yang sudah 25 tahun berkahwin. (25 tahun = jubli perak, sebab tu nama teater ni Pernikahan Perak) Sangat menarik jalan ceritanya dengan hanya dilakonkan oleh 2 orang pelakon sahaja serta prop yang begitu 'simple'. Yang penting, ada 'pot' yang berwarna perak dalam pementasan teater tersebut yang mempunyai lambang-lambangnya yang tersendiri. Teater ini dilakonkan oleh du aorang pelakon yang dibawa dari seberang, iaitu Indonesia. Pelakon-pelakonnya terdiri daripada saudari Nani Ranisah (isteri) dan Din Nuun Wahyudin (suami). Pada pendapat Dayah, teater ni sangat unik sebabnya, ni la kali pertama Dayah menonton teater yang hanya dilakonkan oleh hanya dua orang pelakon sahaja. Tambah lagi, masa persembahan juga agak singkat. Menariknya di sini, teater ini dipersembahkan dalam bahasa Indonesia. Pengarah bagi teater ini, En. Roslan Madun berkata, beliau tidak mahu mengubah sebarang skrip teater tersebut bagi mengekalkan keaslian jalan cerita dan kesesuaiannya. Untuk pengetahuan anda semua, teater Pernikahan Perak ini telah diadaptasi daripada naskah Silver Wedding karya John Bown. Nak tahu sinopsis cerita ni? Meh Dayah ceritakan:


Perayaan Perak terasa wajib untuk dirayakan, bahkan seorang isteri yang sudah menyiapakn diri rela menunggu suaminya berjam-jam. di ahampir tidak percaya bahawa suaminya tidak pulang tepat pada waktunya, demi perayaan yang telah dijanjikan. Perselisihan faham mula terjadi. Si isteri mula mengungkapkan kekesalannya dan cuba menanyakan perihal kenapa suaminya pulang lewat. Si suami cuba memberikan pengertian. Namun, perselisihan faham yang berlaku semakin teruk sehingga masing-masing membuka 'aib' satu sama lain yang tidak sepatutnya diungkit. Namun begitu, akhirnya kedua-dua suami dan isteri tersebut kembali berbaik semula.




Dayah kagum betul tengok dorang berlakon terutama sekali pelakon wanitanya. Mimik muka memang terkesan dan jelas kelihatan. Tidak kurangnya juga pelakon lelakinya. Terbaikk~!

p/s: Syok jugak dapat jumpa dan tengok En. Zaidi Omar secara 'live'.   ^^

Tuesday, January 31, 2012

Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect!

Tym on9 kat Fb tadi, tetiba ad sorg kawan ne post something kat status dia.. Nice sgt2! Bacalah:



LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect!


PEREMPUAN : Ok, boleh je tade masalah. Couple ke?


LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?


PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?


LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.


PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.


LELAKI : Eh, kenapa?????


PEREMPUAN : Kerana tiga sebab


Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.


Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.


Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..


LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk.


PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Salam.


LELAKI : Wslm.















Betulkan cakap perempuan tu? Sape stuju, sila komen. :)
Kalau berkenan kat seseorang tu, xpayah la nak ajak couple2, sbb couple2 ne belum tentu lagi ke mana. Kalau dh break, buat sakit hati je kan2? Baik, terus jumpa parents, then, nyatakan hasrat di hati tu..
Conclusion: Fikir-fikirkanlah.. 

Gamelan

Hari ni, sy belajar main gamelan! Untuk kali yang pertamanya main gamelan tu..! Excited nak main! Sebab sebelum ni memang xprnah ambil bahagian atau terlibat dalam sebarang aktiviti muzik atau seni pun kat sekolah. (Dayah dulu pelajar yang pasif, selalu duduk senyap2 dalam kelas. Bila cikgu tanya baru la nk buka mulut. almaklum..dalam mulut ada emas..:P )

Dalam kumpulan tu, Dayah main alat bonang atau pun kenong.. tak ngat la..keliru..confuse sbb rupa hampir sama..Tambah2 lagi datang lambat tadi, jadi ketinggalan la part pengenalan alatan-alatan gamelan..Hehe..

Dayah ni memang jenis slow learner..Bukan jenis fast and furious learner, jadi kena amek masa juga lah nk kena ngat tempo dan note2 yang perlu diketuk. Nasib baik la, kakak2 senior yang ajar tu sanggup bersabar dengan kitorang, terutama sekali Dayah. :) Makaseh jugak kat za2 sebab bagi semangat dan tunjuk ajar tadi..siap cakap.."Dayah, hwaiting!" siap dengan gaya lagi tu.. Makaseh banyak2... InsyaAllah, Dayah akan berusaha dengan lebih gigiih lagi lepas ni. (<----'gigih' perkataan yang tak boleh blah)

Tapi xpa, bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Yahhh~ Dayah, HWAITING!


Nak tahu lebih lanjut tentang gamelan? Klik sini, dan sini :)

p/s: betulkan saya jika saya salah. :)