Ramai kawan-kawan yang tanya, pensyarah juga ada bertanya, "Kenapa kamu mahu menjadi seorang guru"?
Dulu, kat kelas, saya dan kawan baik saya, pernah bercerita dan merancang tentang cita-cita kami pada suatu masa kelak. Yup. Memang, ni la topik hangat kami berdua..bukan bergosip okay? Berdiskusi gitu~ Hihi.. Saya pernah cakap dengan kawan saya, susah kalau jadi cikgu ni. Apatah lagi perangai murid-murid sekarang yang semakin maju seiring dengan kemajuan dunia sekarang. (Chewahh...ayat~) Mesti kita tension je tiap2 hari kalau perangai murid-murid tu seperti yang dibayangkan kan? Huuuu~ Boleh masuk tg. rambutan tu.. Bukan main2.. Hehehe... Pastu tambah lagi, kena masuk ke pedalaman.. uuuu~~ seramkan? ngeri tak? hehehe.. memang kami dua takut memikirkan perkara ni.. Susah2.. Apatah lagi , waktu kat skolah kan selalu je xdgar ckp cikgu (biasalah tu...sebaik-baik manusia pun ada juga kesilapannya)" Maaf cikgu... "
Ada pepatah yang mengatakan "what goes around comes around".. Tu la yang kami berdua takutkan , sebabnya kami dh buat macam tu kat cikgu kami, semestinya, murid2 kami nanti juga akan melakukan perkara sebegitu.. Hmm..
Tapi...sekarang...
Hampir tiga tahun berlalu..
Dan saya di mana? Di IPG Kampus Bahasa Melayu.. Jadi cikgu ke? Ye saya! Saya nak jadi cikgu!
Pelikkan, kenapa boleh berubah fikiran? Tapi, memang sejak dari kecil lagi suka main pondok2 dgn adik2...Peranan saya? semestinya guru! Suka menyemak latihan yang disediakan oleh diri sendiri dan kemudiannya diberikan kepada adik2. Hehe.. (perasan) Bila dah masuk sekolah rendah dan sekolah menengah, minat tu makin kurang. Tapi,sekarang??? Wahhh.. jadi berminat semula. Kenapa? Sebabnya, bila tengok adik-adik sendiri kat rumah tu yang tengah belajar, macam teringinnnnnnnnn sangat nak ajar mereka. Tapi, ilmu yang ada tu sikit la pulak.. Nanti, akhirnya ajaran sesat yang diberikan. Tambahan pula, sekarang ni, golongan yang tinggal di pedalam mcm dh ketinggalan jauh di belakang dari segi pendidikan. Haaaa,,, ni la yang perlu ditingkatkan.. (walaupun takut sebenarnya kalau2 dapat pedalaman, tapi, kalau dah ditakdirkan begitu, saya redha je la sbb memang dh tugas saya, dan saya dah sign perjanjiannn--jangan dilupa perjanjian tu---)
Apa-apapun, InsyaAllah, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk jadi seorang guru yang berjaya dalam mendidik anak bangsa, saya pun nak jadi arkitek bangsa yang mampu melakar dan akhirnya mampu menghasilkan satu rekaan bangunan(anak bangsa) yang cukup gah, kukuh, dan mampu bersaing di mata dunia, dan juga...tambah lagi satu! Apa? ......... will be continued~
Dayah, hwaiting! Jangan sekadar menanam tebu di tepi bibir sahaja. InsyaAllah, luruskan niat, pasti berjaya. Amin. :) Untuk pakcik teksi, jangan risau, kami akan elakkan perkara yang pakcik takutkan tu. :)
4 comments:
Wooo... Jadi cikgu.. sebenarnya jadi guru ni x kaya dengan harta.. tapi kaya dengan ilmu.. ^^,
betul tu..ilmu tu yang penting,mana-mana kita pergi pun, ilmu tu jugak yang penting. :)
yess!!go dayah..sama2 jadi cikgu yang terbaik!!
cik lyeen : yup..sama2 kita berusaha! buktikan yang kita pn bole berjaya! hwaiting! :)
Post a Comment