Sunday, September 16, 2012

Walaupun gambar tu tak okey, tu tak penting.

Hohooo.. sedikit kecewa bila benda yang kita nak sangat-sangat, tapi last-last benda tu xjadi.
yup, gambar. :( sy bercakap tentang sekeping gambar. mungkin bagi orang sekeping gambar tu mean nothing. yup, nothing at all la sgt. tp bukan utk sy. kecewanyaaaa.. :'(
Tapiii, bila fikir-fikir balik, okey la tu at least ad juga kan gambar walaupun xok.. ok,ok,ok.
Dannn.. bila fikir-fikir balik untuk kali yang keberapa entah.. baru terfikir yang gambar tu xsepenting memori yang ada dlm ingatan n dalam hati. ohyeahh.. sy dh siap letak dlm hati, dlm sel-sel otak, dan yang lain-lain yang berkenaan semua tentang .......
otak manusia kan boleh simpan ingatan yang sangat bermakna utk dia, so, otak sy lebih bagus drpd sekeping gambar. teori apa tu? lupa dah.. bha, fikir la sndri.. hoho. kbai. ^^, =.=

Friday, September 14, 2012

It will always be you, before, now, and after.

Assalamualaikum..
Hari ni tiba-tiba rasa macam nak tulis sesuatu kat sini. :)

Kata orang, cinta pertama tu susah nak dilupakan. Yup, memang susah, sebab apa yang ada dalam memori kita memang susah untuk dilupakan apatah lagi kalau memori tu merupakan memori yang sangat indah yang kita rasa  bila kita ingat balik kita akan berfikir sejenak.(berfikir tentang apa taktau la, yang pasti, kita pasti akan terfikir kembali). Biarkanlah memori tu kekal dalam ingatan, jadikan memori tu sebagai peirngatan kepada kita untuk kali yang berikutnya. Jangan pernah menyesal bahkan, senyumlah sebab kita dapat belajar sesuatu daripada pengalaman tu. :)

Bila hati dah tergerak untuk berputik semula, rasa takut itu masih ada. Takut sebab apa? Sebab pengalaman yang lalu mengajar seribu satu pengajaran. Takut untuk terlalu percaya, takut untuk terlalu "berperasaan", takut untuk menaruh harapan dan macam-macam lagi. Lumrah manusia untuk berasa takut dan beringat-ingat . Biasanya, manusia akan beringat-ingat selepas terkena. Biasalah tu. Kehidupan mengajar manusia untuk berubah menjadi lebih baik.

Tapi tak salah rasanya kalau kita bagi peluang pada hati untuk percaya kembali. Itu pun lepas kita dah kuatkan benteng2 sekitar hati tu supaya hilangkan rasa takut untuk mencuba. Dan ya, tak salah untuk mengharap. Sebab dengan adanya harapan tulah kita akan punya matlamat untuk dicapai. Yang penting, bila kita dah set matlamat tu, pastikan matlamat tu dicapai. Jangan pernah terpedaya dengan anasir-anasir yang cuba mempengaruhi diri.

Dan ya, manusia telah belajar daripada pengalaman. Apa yang ada sekarang ni, hargailah seadanya, jangan pernah persoalkan. Kebahagiaan itu ada untuk semua orang. :)

Wednesday, September 12, 2012

Tabah menghadapi hari-hari mendatang :)

Assalamualaikum..
Minggu-minggu yang telah berlalu dan bakal mendatang ni memang sangat sibuk. Yup, sibuk dengan assignment yang nak kena hantar, kerja-kerja yang belum settle, masalah yang memang dah lama berumah di kepala lagi, fikirkan itu, fikirkan ini... =.=
Tidur pun tak cukup. Tu perkara biasa.. -___-"
Tapi......teruskan tabah dan bersabar menghadapi hari-hari tersebut. Memang rasa susah tapi insyaAllah, ada hikmah disebaliknya. :) -itu aku cakap kat diri sendiri,lepas tu senyum sorang2, buat tak tau-

^^,

Sunday, September 9, 2012

Assalamualaikum..

Lama dah tak update blog. Ni baru terhegeh-hegeh nak update. -___-" Sangat teruk sampai dah berkulat dah entri-entri kat dalam ni.~
Sepatutnya aku nak update semalam, tapi assignment memanggil-manggil untuk disiapkan sebab hari ni nak kena hantar. Macam dah jadi satu habit, esok nak hantar harini baru nak siapkan. Ishhh.. Terukkan..?
Ohya.. semalam berapa haribulan? 9.09.12 kan? Haha
Untuk dia:
Saya tau la semalam tu 9hb tapi malas nak gtau. Diam-diam suda. Saja mw test. :P
Btw, this is for you:

okey, thank u :)

Monday, August 6, 2012

Lelaki berbaju melayu serious handsome ^^

Baru je post entry baru td, sekarang post lagi satu. Teringat kata-kata junior sy, " Lelaki kalau berbaju melayu handsome kan". Then, sy fikir, fikir, dan fikir. Ermm.. betul juga tu. Bukan betul jak tp memang betul. Bila tengok budak kelas (lelaki) berbaju melayu memang serious rasa lain sebab sebelum ne slalu pakai kemeja je kan. Terserlah kemelayuannya di situ ya. Haha. Btw, walaupun ramai yang handsome tp, yg sorg tu tetap yg paling handsome termasuk Abah, Tam, dan Abby. Hahaha XD

*gambar xda, tunggu raya XP

Holiday is just around the corner!

Assalamualaikum..
Mcm bosan kan? Takpa cuti semester tak lama lagi tu. Boleh balik rumah. ^^
Ohoo.. sy rindu rumah, sy rindu segala isi rumah, sy rindu mak, abah, tam, abby, sara, sy rndu patung2 kat bilik, sy rindu bantal, sy rindu makanan Sarawak. Seriously and deeply miss those things. Kalau korang beraya di rumah, sy beraya di kampung. Lama dah xberaya kat kampung. Last raya kat kampung pun waktu darjah 6(kalau xsilap). Paling best tym tu. Main pakai2 inai kat jari. Semangat kot nak beraya. Main mercun smpai tak ingat dunia. Mak suruh balik, masih gak nak main. Kenangan waktu kanak-kanak memang best. Sy rindu kazen sy~ T___T
Oho, btw, sapa rumah dy kat area Grik tu mai la p umah mak long sy kat Pulau Belayar. Bole la jumpa kan? :P
Bawah ne gambar tahun lepas:
Azman's family

me n sara

dua hero handsome Encik Azman n Puan Nurain

Okbai, thank u for ur reading :)

Saturday, August 4, 2012

InsyaAllah, Five Years More

Five years is too long to go. There must be a lot of hardship that waiting for us. But insyaAllah, be strong, keep on praying to Allah for the best. Chaiyok2! LOL. ^^,