Assalamualaikum..
Semalam Dayah p ke satu majlis ni.. Penceramahnya ada mengatakan bahawa, tak semestinya orang yang duduk kat tepi tong sampah, merayau ke hulu ke hilir, tu gila, berbau. Lagi mengejutkan kalau orang yang berpakaian kotor dan dok merayau kat jalan raya tiap-tiap hari, duduk tepi tong sampah tu, bila lau depan kita langsung tak berbau busuk pun.. Wangi ade lah, jika dibandingkan dengan kita ni ada yang segelintirnya yang berbau hapak. Sebenarnya yang nak disampaikan kat sini, janganlah kita cepat berburuk sangka dan terus membuat konklusi dengan sendirinya. Manalah tahu, orang yang duduk tepi tong sampah, merayau ke hulu ke hilir macam orang yang tak berapa nak waras tu ada kelebihannya yang tersendiri yang Allah kurniakan. Kita manalah tau kan. Wallahualam.. :)
p/s: Janganlah cepat membuat konklusi ^____^